23 December 2010

LUAHAN HATI SEORANG HAMBA


assalamualaikum...

alhamdulillah, sedar tak sedar cuti dh nak habis pun.. tinggal beberapa hari je lagi dah nak masuk semester baru. semoge semester yang akan datang akan membuatkan diriku lebih matang lagi dan harap aku dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul.. kalau dulu diri ini hanya sebagai pelajar biasa, sama macam pelajar yang hanya tahu pergi ke kuliah tiap-tiap hari, pas 2 cuti balik umah dan akhir sem exam. sama mcm semester yang seterusnya.. tetapi kini diriku kini bukan hanya digelar sebagai seorang pelajar malah ada tanggungjawab dan amanah yang perlu ku pikul demi untuk ISLAM..


Seakan tidak percaya diriku ini sudah berada pada tahap ini.. bersyukur di atas kurniaan yang engkau berikan kepada hambaMU ini YA ALLAh.. Kalau teringat zaman dulu-dulu.. terasa begitu kecil diriku ini jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabt yang lain. Seorang yang dulunya pendiam dan susah nak bergaul dengan orang.. Suka pergi ke tempat dan buat perkara yang tidak berfaedah.. AH! jika difikirkan waktu dulu-dulu.. sangat berbeza dengan sekarang. ada sesetengah yang pelik dan hairan melihat perubahan diriku ini.. Namun, aku tidak kisah apa orang nak cakap, yang penting aku lakukan apa yang betul dan tidak melanggar hukum ISLAM..


Walaupun sekarang agak sibuk dengan tanggungjawab yang dipikul, namun aku begitu seronok bersama berjuang dengan sahabat-sahabat . Susah senang bersama, mungkin susah nak lupakan detik-detik ketika menjalankan tugas yang dipikul. Aku bersyukur atas kurniaan yang diberikan..


Semester yang akan datang tak lama lagi mungkin agak mencabar bagi diriku. Banyak dugaan dan cabaran yang akuperlu bersedia untuk hadapi.. mungkin juga banyak kekangan waktu dan kekangan lain yang membuatkan diri ini lalai untuk menjalankan tanggungjawab. . apa pun aku berharap dan berdoa supaya aku dapatkan jalankan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin..


Waktu cuti mungkin suatu yang sangat seronok dan indah bagi sesetengah orang yang bergelar pelajar. Manakan tidak, pada waktu itulah masa untuk merehatkan minda daripada memikirkan assignment, kerja dan sebagainya dan waktu itulah masa untuk bercuti dan berseronok dengan kawan-kawan atau family.. namun, dalam kegembiraan dan keseronokan yang kita hadapi, ingatlah bahawasanya masih ada lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagi seorang muslim. Walaupun waktu cuti adalah waktu untuk bersenang lenang, namun kita harus ingat bahawa kita masih lagi mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang muslim..


Cuti sebulan lebih membawa banyak cabaran bagi diriku.. banyak yang perlu aku hadapi dan tabah.. banyak peristiwa suka, duka sepanjang cuti ni.. Namun, aku bersyukur kerana masih dikurniakan sebuah keluarga yang bahagaia.. Walaupun kadang-kadang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza, namun aku masih gembira walaupun kadang-kadang pahit.


Aku tidak ingin bercerita tentang kisah sedih sepanjang cuti ni, yang aku ingin berkongsi hanyalah sebuah kebahagiaan dan kegembiraan ketika bersama dengan keluarga.. Rasa seronok bila berada disamping keluarga. Mana tidaknya adik-beradik semuanya duduk dekat dengan mak dan abah. Seronok mak dan abah dapat berada dekat dengan anak dan cucu kesayangan.. sebab itulah aku seronok kalau dapat balik ke rumah.. semuanya akan berkumpul dan berkongsi cerita..


Cuti hari tue, satu family kami telah bercuti di Pulau Langkawi… Alhamdulillah, Abah dapat rezeki lebih masa tue, jadi kami bercadang pergi bercuti.. dah lama tak pergi bercuti dengan family, tiba2 je abah ajak pergi Pulau Langkawi, tak plan ape2 pun masa tue.. tak sangka pulak abah ajak.. dan itu pun kali kedua aku pergi ke sana.. padahal baru je 2 minggu aku baru balik dari Pulau Langkawi bersama rakan setugas di IPG. Tapi kali ni lagi seronok sebab dapat bersama berjalan-jalan dengan family.. tapi, rasa kecewa sikit sebab abang tak dapat ikut sebab dia balik rumah mak mertua dia di Terengganu.. tapi xpa, mungkin bukan rezki dia.. mungkin lain kali kami akan bercuti bersama dengan semua family di tempat lain pulak..


Seminggu lepas tue, kakak pulak cadang buat BBQ di rumah abang yang xdapat ikut pergi Langkawi hari tue.. seronok pulak sekali sekala dapat bersama dengan semua family.. atok, Mak cik, Pak cik dan sepupu-sepupu yang duduk dekat-dekat dgn rumah abang pun datang memriahkan lagi BBQ malam 2..


Itulah dia sedikit sebanyak kisah kegembiraan yang boleh dikongsi.. walaupun tak banyak, namun kegembiraan walaupun sekejap pasti kita akan ingat sampai bila-bila.. Manalah tahu tiba-tiba malaikat maut datang menjemput..huhu


Namun demikian, kita msih beruntung kerana masih dapat merasai nikmat kegembiraan dan keseronokan di atas muka bumi ini.. jika diingat saudara-saudara kita di Palestin ketika ini, tentu kita masih beruntung kerana kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat kegembiraan.,. cuba bayangkan jika kita berada di bumi Palestin ketika ini.. tentu kita dibelenggu ketakutan dan kesedihan.. nikmat kegembiraan tidak wujud dalam diri mereka… mereka terpaksa menghadapi kesengsaraan dan kesusahan atas sikap dan kekejaman Zionis yang tidak berhati perut itu..


Kita sebagai hamba perlulah sentiasa bersyukur di atas setiap kurniaan dan pemberian yang telah diberikan oleh Allah..


Ini dia sedikit sebanyk gambar kat Langkawi










28 October 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah setelah hampir satu sem, akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua warga kampus iaitu Hari Peperisaan yang bakal mejelang tiba. Sem ni rasa macam malas je nak study. Tak tahu la kenapa.. mungkin mood study masih belum muncul. Ape2 pun Selamat menduduki peperiksaan kepada semua sahabat-sahabat semoge dapat menjawab soalan dengan tenang. Some berjaye di dunia dan di akhirat..




GOOD LUCK SAHABAT-SAHABAT SEMUA. BUATLAH YANG TERBAIK

.:KENAPA:.

Kenapa begitu mudah?
Kenapa perlu begitu?
Adakah ada sesuatu yang membuatkan dia jadi begitu?
Adakah betul apa yang aku dengar?
Adakah betul apa yang aku lihat?
Adakah semuanya betul?
Adakah semuanya palsu?
Kenapa sanggup begitu?
kenapa...
kenapa..
kenapa..
Ya Allah tunjukkanlah sejauh mane kebenarannya..

23 September 2010

DEBARAN DAN KEHANGATANNYA KIAN TERASA


INGINKAN PERUBAHAN??
UNDILAH DENGAN BIJAKSANA...
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....

Renungilah:...
" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat"
( Surah An-Nisa:58)


Berdebar menunggu saatnya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Ameen...

05 September 2010

.::KASIH SEORANG IBU YANG DITOLAK:..


ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Hari ini merupakan hari ke-26 kita berpuasa.. sedar je dah nk dekat sebulan kita berpuasa kn?.. Rase sayu dan sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Belum tentu kita akan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.

Hari ini saya ada cerita yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Semalam mak saya pergi masjid sebab da program solat sunat dhuha dengan solat sunat tasbih oleh Ust. Asyraf. balik 2 mak da cerita tentang sesuatu yang diceritakan oleh Ustaz yang kita boleh ambil iktibar daripada cerita tersebut. Ustaz cerita beberapa hari yang lalu ketika dalam perjalanan beliau ke masjid untuk berbuka puasa. beliau terserempak dengan seorang Mak Cik yang sudah agak lanjut usianya di sebuah perhentian bas. Makcik tersebut kelihatan sangat sedih dan menangis teresak-esak..Berikut dialog ustaz dengan Makcik tersebut :

ustaz :Assalamualaikum Makcik..

Mak Cik : Waalaikumsalam nak.

ustaz :mm..makcik buat apa sorang2 kat sini kenapa Makcik
Menangis ni..

Makcik :Huhu...terima kasih la nak. Mak Cik mai dari rumah anak
Mak Cik kat Kuala Selangor, Mak Cik mai jauh dari
Kedah ni.. Mak cik punyalah seronok nak mai jumpa
ngan Anak ngan cucu Makcik. Mai2 ja.. ada ka dia tak
bagi Mak cik masuk rumah. Dia halau Mak cik lagi ada
la... Ni.. Mak cik xtaw nak pi mana dah ni.. Mak cik
sedih anak Mak cik wat macam 2 kat makcik.

(loghat kedah sambil mengangis teresas-esak)
Ustaz :Sabar ye Mak Cik.. xpe la kalo macam 2 saya nak pergi
buka puasa kat masjid ni..mai la ikut saya sekali..
Nanti besok saya akan uruskan hal Mak cik.

Mak cik : Ya Allah.. terima kasih la nak.. Hanya Allah je yang dapat
balas budi Anak ni..

Selepas itu, ustaz pun bawa Mak cik tersebut ke masjid untuk berbuka puasa.. selepas selepas solat terawikh ustaz telah menumpangkan Mak Cik tersebut di rumah kawannya dan berjanji akan menguruskan hal Mak cik itu pada esok hari..
(Lebih kurang macam 2 la kot dialognya)




Pada akhir zaman ni.. banyak perkara yang kita tidak jangka akan berlaku. saya ingatkan di kawasan bandar macam K.Lumpur je berlaku perkara yang macam ni.. Tapi, rupa-rupanya kawasan luar bandar di tempat saya ni pun sudah ada perkara yang macam ni berlaku.. Mak selalu ingatkan kami supaya jangan lupakan Mak dan Abah bila dah berjaya nanti. sedih bila Mak cakap " nanti kang korang dah besar anta mak n abah kat rumah kebajikan lak. ye la... mak n abah nanti kan dah tua.. xda sape yang nak jage dah"..huhu saya pun jawab " ish mak ni apa la cakap mak macam 2.. insyaallah anak mak sume xkan buat macam 2"

Bila teringat pengorbanan mak dgn abah dulu.. rasa sangat2 la terharu.. Mak selalu cerita pengorbann abah nak besarkan kitorang anak beranak bukan satu perkara yang senang. Berkat usaha gigih abah mencari rezki untuk membesarkan kami supaya menjadikan kami seorang manusia yang berguna.. tanpa ketabahan dan kegigihan abah saya rasa keluarga kami tak senang macam sekarang. Bermula dengan kelurga yang susah sampai la sekarang. abah saya buknlah mempunyai kelulusan yang tinggi jika dibandingkan dengan orang lain. tapi berkat usaha gigih abah selama inilah yang telah membuahkan hasil sehingga sekarang.

waa... tibe2 rasa sedih lak..pelik jugak kan bila dapat tahu ada anak yang sanggup menghalau ibu bapa mereka.. bukankah syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu..

Ya Allah.. jauhkanlah aku dari sifat seperti anak Mak cik 2

" Semoga Allah memberi kesedaran danhidayah kepada Anak Makcik tersebut'

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"

15 August 2010

.::Hujung Minggu Ramadhan:..


assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang pemurah lagi Maha mengasihani.. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan kaum kerabat baginda.

Bila tiba je hujng minggu semua kawan-kawan, jiran-jiran, sepupu sepapat nak balik rumah lagi-lagi waktu bulan puasa ni.. Masing-masing nak bersahur dan berbuka bersama keluarga tercinta.. Tapi saya pulak dok kat asrama ni dengan Roomte yang tersayang. hehe.. ( rase macam nak balik sebenarnya tapi pikir2 balik lagi 2minggu je dah nak balik rumah). Jadi, buat keputusan untuk stay je kat IPG yang tercinta ini.. Tapi masih ada rasa rindu nak balik rumah nak berbuka bersama keluarga..( Mak.. Abah.. tunggu kepulangan anakmu lagi 2 minggu je lagi..huhu).

Huh.. elok plak jelez sangat2 dengan my Twin sebab dia cuti raye 2minggu.. saya dapat cuti berapa hari je.. rye ketiga dah kena balik IPG.. huhu.. xpe.. yang penting semua itu mungkin ada hikmahnya.

Sekarang ni pulak sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa esemen yang perlu dihantar selepas raya ni.. Alamatnya raya ni macam x raya la nampaknya.. kuih raya pun ntah sempat ke tidak nak buat. Kalo setiap tahun selalunya mesti buat 3 jenis kuih yang utama iaitu kuih Tat Nanas, almond london(import dr london,hehe..) dengan corn flakes madu.. Insyaallah akan sempat2kan jugak buat kuih raya..

Tiba-tiba dah tersasar jauh pulak,hehe.. nak cerita yang minggu ni minggu bersama roomte.. dua hari bersama roomte.. bermula dengan hari sabtu. Pagi2 lagi kami dah membuat operasi mengemas bilik bagi nampak lebih kemas dan lebih teratur lagi sampai la tengah hari.. bila masing2 dah penat apa lagi.. tidur la sampai zuhur dan solat berjemaah bersama roomte.. ingatkan plan nak keluar beli tiket bas roomte n jalan2 tapi disebabkan hujan yang lebat terpaksa tunda pada esok hari.. petang 2 terus pergi bazar untuk cari makanan buka puasa bersama roomte dan berbuka berdua-duaan bersama roomte..hehe(xda orang lain kacau sebab yang lain semua balik rumah).

Sekadar gambar hiasan(dari kiri, Alin, Zura, Wani, Cik Farhani, Ana,Fatin, Zima)

Boleh dikatakan setiap masa bersama roomte tercinta.. tapi hari ni buka bersama-sama housemate Kak.Pah dengan pelbagai macam lauk.( sangat best makan ramai2..terima kasih Kak, gea, Hana, Zima, Wani, Ana, Alin dan Zura). Lepas 2 terus solat berjemaah di rumah Kak.pah dengan berimamkan Cik Farhani dan lepas 2 terus pergi ke masjid untuk solat terawikh.

Hujung minggu yang sangat membosankan tetapi bila bersama roomte terasa sangat seronok dan happy.. asyik cerita roomte je.. nak tw roomte saya siapa? Haa.. namanya adalah Nurzuraniza bt Ramli anak jati Perlis. Walaupun orangnya garang tetapi dia adalah seorang sangat baik hati. Kami selalu share masalah bersama..(semua rahsia dia ada di tangan saya dan rahsia saya ada di tangan dia..hehe)

"SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN"

"MARI BERSAMA TINGKATKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"

Akhir sekali sekadar perkongsian untuk muhasabah diri.. renungilah Hadis Rasulullah s.a.w ini..

Daripada Anas berkata: Berkata Rasulullah s.a.w:

“ Tidak beriman seseorang kamu itu hinggalah aku lebih dicinta olehnya daripada ibu bapanya, dan anaknya dan manusia seluruhnya”

(Hadis riwayat bukhari)


11 August 2010

.: 1 Ramadhan Yang menyeronokkan"

Assalamualikum w.b.t

Dimulakan dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

" Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya.. Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesunggunya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
( surah Ibrahim:ayat 7)

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t saya masih berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini dan masih diberi nikmat iman dan Islam.

Blog yang sudah lama ditinggalkan dan berhabuk ini sangat merindui pemiliknya untuk menuliskan sesuatu yang dapat dikongsi bersama. Namun, disebabkan banyak kekangan, pemilik blog ini menyatakan yang dia tidak sempat untuk berkongsi sesuatu dan sebenarnya adalah kerana beliau tidak tahu ingin menulis apa di ruangan blog ini. tetapi hari ini ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama.

Ramadhan sudah menjelma, inilah masanyna untuk kita menambahkan amalan-amalan di bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah hari ini saya sempat berusrah bersama adik-adik usrah unit K. Rasanya inilah pengalaman 1 Ramadhan yang cukup bermakan bagi saya.

Usrah dimulakan dengan bertaaruf dengan dengan adik-adik usrah. Semasa sesi taaruf ini banyak perkara yang telah dikongsi bersama. Walaupun hanya 6 orang termasuk saya sendiri, namun usrah masih berjalan dengan keadaan yang santai dan mereka masing-masing meluahkan perasaan sendiri ketika berada di IPG ini. Alhamdulillah hati saya berbunga-bunga bila melihat mereka bersungguh-sungguh untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Walaupun saya bukanlah seorang yang Naqibah yang terbaik kerana saya juga bermula dari bawah dan akan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik dan yang paling penting ilmu yang saya sampaikan berguna untuk mereka semua.


Selepas tamat sesi taaruf kami berjalan-jalan dan membeli belah di pasaraya Giant yang terkenal dalam kalangan mahasiswa IPG Ipoh dengan menaiki kereta buruk saya yang tak seberapa itu. . Masing-masing beli barang untuk keperluan sendiri dan masing-masing seronok dapat pergi bersama-sama ke Giant. Selepas itu, kami bersama berbuka puasa di Pusat Islam Al-Hidayah. Hari ini adalah hari yang cukup indah dan seronok bila pertama kali berusrah dan dapat bersama dengan adik-adik.

sedang membelek-belek barang em.. biasa la perempuan kan..

Aik, da 4 orang je..hilang pulak lagi sorang. Mane Iva ek..


khusyuknya adik2 makan.. xajak kak ani pun..huhu

" Islam adil untuk semua"

p/s: semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selama-lamanya..

15 July 2010

.::Wahai Muslimah::.



Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayatNya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:

“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (TMQ An-Nur[24]: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu melainkan segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala kerana yakin dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya. Sehinggakan mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi sebagai seorang yang beriman dalam melaksanakan segala perintah yang datangnya dari Al-Khaliq. Bukannya melengah-lengah atau berpaling daripada melaksanakannya.

"
Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan”. (TMQ An-Nur[24]: 51-52).

Ingatlah peristiwa bagaimana Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit, dan baginda diperlihatkan kebesaran Allah SWT, yang salah satunya berkenaan wanita yang suka mendedahkan auratnya kepada khalayak ramai.

Rasulullah SAW melihat para wanita itu diikat dengan payu daranya sendiri. Aku bertanya:
“Mereka siapa wahai Jibril? Jibril menjawab: “Mereka adalah para wanita yang suka menampakkan auratnya kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.” (Sirah Nabawiyyah, Prof. Dr Rawwas Qol’ahji)

13 July 2010

JALINAN AL-QURAN

Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak
www.iluvislam.com
Rasailul Ashwaq
Editor: Rasailul Ashwaq

Aishah r.a. telah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w. lalu beliau menjawab, “Akhlaknya adalah Al-Quran.”

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu, dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Surah An-Nahl: Ayat 89)




Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, di iLuvislam.com sendiri, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?


Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.


Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: "Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar."


Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, "Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu,berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan."


Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

04 July 2010

.:: RESULT::.


assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat allah s.w.t kerana saya masih berada di muka bumi ini dan masih bernafas. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Beberapa hari ini dengan cuaca yang tidak menentu kesihatan saya agak kurang kerana masih Batuk. Roomate saya pun dah menunjukkan simtom2 untuk demam..

Apa yang ingin saya ceritakan di sini bukan tentang kesihatan saya tetapi saat yang dinanti-nanti telah pun tiba iaitu Result Sem Lepas telah pun keluar. Selepas sahaja kelas ELS petang jumaat hari itu saya,Zura, Alin dan rakan yang lain telah pergi unit Sup untuk mengetahui result. Sampai sahaja di atas, Result tersebut baru sahaja hendak ditampal di papan kenyataan. Dengan rasa terujanya saya pun melihat pada kertas tersebut dan mencari angka giliran saya.. Lepas tgk je.. tidak putus2 saya mengucapkan tanda syukur kepada Allah s.w.t kerana saya mendapat keputusan 3.**. Alhamdulillah syukur kerana apa yang saya dapat alhamdulillah setimpal dengan apa yang usahakan. Kalau sebelum ini saya merupakan orang yang paling rendah mendapat pointer dalam kalangan sahabat-sahabat saya. tapi Alhamdulillah kali ini saya sudah bukan antara orang yang terendah dlm kalangan sahabat-sahabat saya.

walaubagaimanapun, result yang saya dapat ini merupakan cabaran bagi saya untuk terus kekal dan mantain untuk sem2 yang akan datang. Apa yang saya pelajari adalah kita tidak harus berbangga dengan apa yang kita dapat sekarang. Tidak mustahil Allah hanya ingin menguji kita dengan mendapat pointer yang tinggi dan tidak mustahil jika saya akan mendapat pointer yang terendah suatu hari ini. Apa yang saya pelajari lagi ialah kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi. walaupun kadang-kadang kita berada di di bawah.. mungkin suatu hari nanti kita akan berada di bawah pula dan apabila kita berada di atas tidak mustahil kita akan berada di bawah.. apa-apa pun kita harus bersyukur terhadap apa yang telah kita perolehi kerana itulah hasil yang kita dapat berkat daripada usaha kita.

Lagi satu, apa yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan dengan niat yang betul termasuk la kalau kita hendak menghadapai peperiksaan. kita seharusnya ikhlas untuk belajar kerana Allah s.w.t

Akhir sekali Tahniah kepada sahabat-sahabat study group yang berjaya mendapat 3.7 ke atas iaitu, Wani, Alin, Izah, Ija, Zura, Ana, Geik Ying dan Ain. semoge kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

01 July 2010

CORETAN SEMESTER BARU

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana saya bernafas di muka bumi ini.. sudah lama rasanya tidak mengupdate blog yang berhabuk ni.. mungkin disebabkan kekangan masa dan kesibukan melanda diri ini..(hehe.. ye ke? Sebenarnya da penyakit MALAS dlm diri itu yg tdk sempat untuk mengupdate blog. namun, hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa menulis sesuatu di dalam blog saya.
3 minggu cuti mungkin seronok bg sesetangah org.. tp kenapa saya berasa berdebar-debar ni.. (haa.. penyakit pe pulak yang datang ni). Sebelum mulanya cuti hari 2, 1 peristiwa yg tidak dapat saya lupakan sampai sekarang dan masih teringat-ingat akan peristiwa itu. Sampai sekarang masih terasa fobianya. Apa-apa pun mungkin Allah ingin menguji tahap keimanan saya Allah ingin menguji adakah saya benar-benar dapat melalui segala perkara yang berlaku terhadap diri saya.

Sejak dari peristiwa tersebut, saya dapat rasakan bahawa betapa banyaknya dosa yang telah saya lakukan sehingga Allah menguji saya dengan peristiwa tersebut. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk bernafas dan masih memanjangkan umurku. Namun, saya dapat rasakan bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin ada sebab Allah masih memanjangkan umurku dan Allah memberi peluang kepada saya untuk beribadat dan bertaubat kepadaNYa. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan di muka bumi ini.

Nak diceritakan masa-masa yang saya lalui semasa cuti ni.. boleh dikatakan sudah menjadi lumrah bagi saya menjaga anak buah saya yang baru dua orang ni iaitu Fahim dan Husna ( biasa la yang ada kat rumah pun Mak Su Nani dia). Tapi banyak jaga Husna lagi masa minggu pertama cuti je sebab Kakak da wt kelas tambahan. Fahim pulak jaga sekejap-sekejap je sebab Kak Nisah hantar kat rumah pengasuh dia.. pe2 pun saya sayang anak-anak buah saya. Kalau sehari tak jumpa kadang2 rindu sangat. (biasa la org xda adik bila ada nak buah ni rase cm teruja ckit). Tapi yg seronoknya kalo penat pun kadang2 bila tengok muka budak-budak ini rase mcm dh hilang je penat. Seronok tengok budak2..

Semester baru sudah bermula, apakah azam saya tahun ini? Insyaallah saya tidak akan berputus asa untuk mencapai kejayaan yang diimpikan dan yang paling utama menuju ke satu matlamat yang utama yang dimpikan. Tak nak main-main lagi dah. Berusaha dan terus berusaha…

28 May 2010

:KEHIDUPAN:

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana saya bernafas di muka bumi ini.. sudah lama rasanya tidak mengupdate blog yang berhabuk ni.. mungkin disebabkan kekangan masa dan kesibukan melanda diri ini.. namun, hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa menulis sesuatu di dalam blog saya.

hari ini paper last saya exam subjek " Kemahiran Hidup bersepadu Sekolah Rendah". agak gugup juga nak jawab tadi sebenarnya.. mane taknya baca buku pun last minit ntah ingat ke tak apa yang dibaca.. tapi alhamdulillah saya dapat jawab dengan tenang dan jawab semua soalan walaupun ada beberapa soalan yang keliru.. apa2 pun tunggu la result nanti.

hari ini saya tertarik untuk bercerita tentang masalah. Semua orang kat dunia ni tak pernah yang tdak ada masalah. masalah keluarga, sahabat, kawan, guru, pensyarah dan sebagainya. Namun, sudah lumrah kita sebgai manusia melalui semua masalah dalam kehidupan kita dan kita kena menghadapinya dengan tenang. Bila saya berada di alam remaja dan kampus ini, banyak perkara yang saya alami dan pelajari. kalau dulu kat sekolah xpernah ada masalah dengan kawan. kalau ada pun mungkin tak panjang. tapi bila berada di kampus ini banyak perkara yang saya alami.. (dah matang la katakan). semua orang wt sesuatu ikut kepala sendiri.. tapi walau apa pun yang berlaku anatara kawan-kawan kita, kita tetap akan cari mereka.. tapi kebanyakannya mesti akan cari kita waktu susah je.. waktu senang xnak pulak cari( ayat sedey konon..) .

apa-apa pun kita hidup kat dunia ni bukanlah untuk bersuka ria semata-mata.. banyak perkara yang perlu kita pelajari. semakin banyak perkara dan ilmu yang kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu sebenarnya..

itu je la nk cter kot.. rase xda benda yang menarik pun nak cerita..

wassalam..

p/s: saya sayang semua kawan-kawan saya.

19 April 2010

:: SERONOKNYA::




assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk bernafaz di muka bumi ini.. walaupun kekangan masa dan kesibukan melanda diri ini.. hari ini saya sempat menulis dan berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan semua..

alhamdulillah mak dan abah sudah selamat berangkat mengerjalan umrah pada 15hb yang lalu dan akan pulang ke Malaysia pada 29hb ini.. minggu lepas saya sempat la pulang ke rumah untuk berjumpa dengan mak dan abah sebab nk balik mase 15hbh hr 2.. xdpt sebb ada ladiest night dan exam hr jumt hari 2.. jadi, saya terpaksa balik lebih awl untuk berjumpa dgn mak dan abah sebb nk krim doakan saya spy berjaya dalm exam dll dan dpt jodoh yg bek2..hehe

hri jmt smpy isnin lak ktorg cuti.. ingat nak balik umah tapi pk2 balik kt umah xda org pun. mak gn abah pun xda.. jd, saya berkeputusan untuk menetap di rumah kawan saya yang baik hati iaitu Cik Azlin di Port Dickson.. seronoknya dok kt umah Alin.. suka sgt suasana kampung kt sne.. maklum la kg kt tempat sy da sawah je.. suasana sawah je la..hik3

hari jumat hari 2,nek bs ke Seremban kol2.30 n smpy sne dalam kol6.30.. pas 2 Alin jmp Best Friend dy jp n trus balik ke umah Alin.. tp singgah jp umah Angah dy sbb nk mek hajar adik Alin.. mse dok kt umah 2 sempat lagi kakak Alin ni prote Bio Aura kt ktorg..hehe.. ktor lom da byk duit la nk msk bnda2 cm ni kak..hehe Alin boleh la...hee. pas 2.. trus lek umah Alin n smpy2 je saya kemas ckit2, mand n makan.. (dok mah Alin ni smpy2 je dh mkn, mst asyik nk mkn je kalo dok umah dy.. mw nek balik berat aku nt ni..hehe)


hari sbt lak.. wah.. pent agaknya.. bgn pun agak lewat ckit..hik3 malunya dok umh org bgn lewat.. tp xpe bukn lewat sgt pun masih awal lg 2..hehe.. pas 2 pg xwt pe2.. pun dok dpn lptp wt keje.. tp saya wt ckit je pas 2 smbg bce novel lak..(ish, xleh tol tgk novel mst nk bce.. Alin lak asyik layan FB dy jerk).. pas 2 ptg pas zuhur Alin bawa saya g Teluk Kemang jalan2.. wah.. best sgt.. terima kasih la Alin bawa jln2.. pas ptg lek umah..

hri ahad lak ktorg round Seremban.. hbs 2 seremban ktorg round dr seremban pas 2 seremban2 n seremban 3... 2 kebetulan sebba sesat..hehe.. mula2 g JJ sbb ingt nk jmpa dak junior "Anis J6" tp jmp sekejp je sbb dy br smpy n nk bli bju.. so, ktorg pun berangkat lak g terminal 1 seremban kt shopping complex jaln2 cuci mata n tgk budaya org seremban..hehe.. xbli pe2 pun.. sje pusing2 n jalan2 je.. pas mkn lak kt KFC dgn Best Friend si Cik Alin ni.. pas 2 br g Muzium tgk2, sanap gmbr n mek Anis skali sbb nk g umah dy jp.. umah dy kt Sekamat.. mse odw nk g umah dy 2..wah.. jln dy sgt mencabar ye.. sbb byk bukit yg curam2.. tp akhirnya Cik Alin dpt melepasi halangn yg mencabar 2 n smpylah ke umah Anis. tumpang solt jp n minum2 n mkn karipap pas 2 br lek.. (terima kasih kpd Cik Alin yang telh membawa saya berjalan2 ye..)

pas 2 Isnin dah balik Ipoh.. bs kol9 n smpy kol 1.30..


p/s: terima kasih Mkcik n Alin serta kuarga Alin kerana menerima kehadiran saya di rumah anda.. Alin, kem salam kt Mak ko tw.. ckp Mk ko mask sdap sgt..hehe.

21 March 2010

IBU.. OH IBU..



assalamualaikum w.b.t

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana saya masih diberi kesempatan untuk bernafaz di muka bumi ini.

alhamdulillah sudah selesai melakukan PBS di Kuala Kangsar iaitu di Sekolah Chegar Galah. Banyak pengalaman yang saya dapat dan sangat seronok ketika berada di sana. Sekolah sangat unik dan sangat menarik kerana hanya terdapat satu bangunan sahaja dan pelajarnya hanya mempunyai 81 orang dan gurunya 15 orang.

lepas sahaja PBS, terus cuti seminggu.. tapi orang cuti seminggu wat esemen dengan jalan-jalan tapi saya duk umah jaga baby Fahim..huhu.. xpe la.. mungkin itu pengalaman untuk persediaan kepada alam yang akan datang ke.. hehe (paham2 je la). sepangajang semgu 2 da 2 kali ke kot saya keluar pergi pekan.. ye la.. kesian kat emak xkan nk jaga Fahim sorg2.. mak pun dah xlarat sangat nak jaga baby ni.. kak nisah pulak keje dan abang pulak g kursus 10 hari.. jadi sayalah yang membantu mak menjaga Fahim..

em.. yang tak tahannya dengan fahim ni... dia ni manja sangat. tak tahu lak pe yang dia nak.. asyik menangis je kalo da benda yang tak kena.. kadang2 terfikir gk..(kalolah dia leh ckap nak pe.. ckap je..huhu) masalahnya dia xtw pe2 lagi.. tw nak nangis je.. bila mama dia da elok pulak.. ish3 manja ek Fahim ni.. xpaham tol la..

em.. bila jaga baby ni baru terasa susahnya nak membesarkan anak. daripada dalam perut lagi mengandungkan kita 9 bulan.. lepas 2 bertarung nyawa melahirkan lagi, pas 2 nak besarkan pulak supaya dapat jadi orang yang berguna.. em, memang sangat susah.. lagi2 kembar macam saya ni.. macam mane la mak jaga kami dulu ek. mesti susah.. baru tahu betapa susahnya mengandung dan membesarkan anak. sebab itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu..

tapi bila tengok keadaan isu sekarang apabila orang senang2 je membuang anak mereka.. tergamak betul diorang. anak itu kan anugerah daripada Allah..

itu sahaja untuk kali ini, nak cerita tentang mak yang telah banyak berkorban untuk membesar dan menyara anak2.. terima kasih mak dan abah jasamu tidak mampu aku balas.. hanya doa dapat mengirimu..

p/s: 17 april ni mak nak pergi umrah.. semoga semuanya berjalan lancar dan semoga mak dan abah sihat ketika mengerjakan umrah di sana.. aminn..