11 August 2010

.: 1 Ramadhan Yang menyeronokkan"

Assalamualikum w.b.t

Dimulakan dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

" Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya.. Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesunggunya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
( surah Ibrahim:ayat 7)

Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t saya masih berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini dan masih diberi nikmat iman dan Islam.

Blog yang sudah lama ditinggalkan dan berhabuk ini sangat merindui pemiliknya untuk menuliskan sesuatu yang dapat dikongsi bersama. Namun, disebabkan banyak kekangan, pemilik blog ini menyatakan yang dia tidak sempat untuk berkongsi sesuatu dan sebenarnya adalah kerana beliau tidak tahu ingin menulis apa di ruangan blog ini. tetapi hari ini ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama.

Ramadhan sudah menjelma, inilah masanyna untuk kita menambahkan amalan-amalan di bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah hari ini saya sempat berusrah bersama adik-adik usrah unit K. Rasanya inilah pengalaman 1 Ramadhan yang cukup bermakan bagi saya.

Usrah dimulakan dengan bertaaruf dengan dengan adik-adik usrah. Semasa sesi taaruf ini banyak perkara yang telah dikongsi bersama. Walaupun hanya 6 orang termasuk saya sendiri, namun usrah masih berjalan dengan keadaan yang santai dan mereka masing-masing meluahkan perasaan sendiri ketika berada di IPG ini. Alhamdulillah hati saya berbunga-bunga bila melihat mereka bersungguh-sungguh untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Walaupun saya bukanlah seorang yang Naqibah yang terbaik kerana saya juga bermula dari bawah dan akan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik dan yang paling penting ilmu yang saya sampaikan berguna untuk mereka semua.


Selepas tamat sesi taaruf kami berjalan-jalan dan membeli belah di pasaraya Giant yang terkenal dalam kalangan mahasiswa IPG Ipoh dengan menaiki kereta buruk saya yang tak seberapa itu. . Masing-masing beli barang untuk keperluan sendiri dan masing-masing seronok dapat pergi bersama-sama ke Giant. Selepas itu, kami bersama berbuka puasa di Pusat Islam Al-Hidayah. Hari ini adalah hari yang cukup indah dan seronok bila pertama kali berusrah dan dapat bersama dengan adik-adik.

sedang membelek-belek barang em.. biasa la perempuan kan..

Aik, da 4 orang je..hilang pulak lagi sorang. Mane Iva ek..


khusyuknya adik2 makan.. xajak kak ani pun..huhu

" Islam adil untuk semua"

p/s: semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selama-lamanya..

No comments: