05 December 2013

Kekuatan AKAL

Alhamdulillah berysukur kehadrat Allah kerana aku masih hidup di muka bumi ini masih diberi peluang untuk berjuang menegakkan agamamu.

Alhamdulillah hari ini ingin saya kongsikan tentang nikmat akal yang Allah s.w.t telah berikan kepada setiap hambanya. Dengan menggunakan akallah setiap manusia itu dapat menyempurkan tugas seharian. Tanpa akal seseorang itu mungkin sukar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Ya, memang setiap manusia mempunyai akal. Namun, setakat mana kita menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaiknya supaya akal yang kita gunakan bermanfaat untuk diri kita dan orang lain. Kadang-kadang kita tanpa kita sedari sebenarnya akal yang telah kita gunakan mendatangkan kesan yang buruk pada diri orang lain dan mungkin kadang2 memberi manfaat juga kepada orang lain.

Namun, harus diingat setiap akal yang kita gunakan bukanlah datangnya dari kita tetapi semuanya  adalah datang dari Allah s.w.t. Kadang2 kita banggga kerana mempunyai akal yang baik dan bernas yang mampu memikirkan sesuatu yang luar biasa tetapi kita lupa pada pemberi akal yang telah mengurniakan kita akal untum berfikir.

Jika baik yang kita minta, maka baiklah yang kita dapat. Jika buruk yang kita minta, maka buruklah yang kita dapat. Akal yang baik datang dari minda yang cerdas yang sentiasa memikirkan kebesaran Allah.

"Kekuatan Vs Akal"

Mesti kita terfikir kan apa kena mengena kekuatan yang kita ada dengan akal. Antara kancil yang bijaksana dengan buaya yang kuat. Jika lihat dr kekuatan sudah tentu kancil yang akan menang, tetapi jika dilihat pada akalnya sudah tentu kancil yang bijaksana akan menang.

Kekuatan seseorang itu bukan terletak pada kekuatannya tetapi terletak pada akalnya. Oleh itu, gunakanlah akal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya. Fikirkan sesuatu yang dapat memanfaatkan diri kita, keluarga dan agama kita. Insyaallah kita sentiasa dalam Rahmat dan keberkatan Allah.

wassalam

"Coretan seorang Pendidik"

23 September 2013

Guruku

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik sudah hampir sembilan bulan aku bergelar seorang guru. Macam2 perkara yang aku pelajari sepanjang menjadi seorang guru selama lebih kurang sembilan bulan ni. Terjun ke medan sebenar sebagai seorang pendidik bukanlah perkara yang mudah. Dulu masa belajar tidak sabar untuk menjadi guru. tetapi bila sudah melalui perkara sebenar barulah tahu betapa sukarnya menjadi seoranb guru dan untuk mendidik anak orang.

Tidak semua perkara yang dilalui oleh semua guru itu adalah sama. Setiap yang dilalui oleh manusia adalah berbeza. Ada yang susah, perit, mudah dan sebagainya. Namun, setiap perkara yang dilalui, kita haruslah tabah dan sentiasa berxangka baik dengan Allah..

Tidak sama mendidik anak seagama dengan kita dengan mendidik anak yang bukan seagama dengan kita. Namun, kita cuba untuk mendidik insan2 ini menjadi orang yang berguna dan secara tak langsung boleh berdakwah kepada mereka. Setiap kali pergi ke sekolah mesti berdoa supaha Allah lembutkan hati insan2 ini dan sememang aku akan berdoz supaya Allah mempermudahkan jalan untuk aku mendicik mereka.

Walaupun rasa agak tertekan apabila berhadapan dengan mereka, namun mustahil jika perasaan sayang terhadap mereka tidak ada. Pernah sekali terlintas di fikiran supaya Allah pindshkan aku ke sekolah sk. Namun, dalam hati masih sayang untuk meninggalkan mereka.

Ya Allah permudahkan urusan hambamu ini dalam mendidik anak2 ini. Aminn...



08 June 2013

Rezeki DARI Allah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat allah dengan izinnya dap at juhga  menulis sesuatu di laman blog ini.. hanya di sini sahaja yang tempat untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati. rasa kalau dapat menulis hati rasa tenang sikit. 

Nak bercakap berkenaan rezeki yang kita dapat bukanlah datangnya dari sesiapa kerana manusia tidak dapat menentukan nasib dan rezeki seseorang. hanya allah sahaja yg dapat menetukan rezeki sesorang. 

Bercakap berkenaan rezeki, alhamdulillah allah telah menempatkan aku di sekolah jenis kebangsaan cina berdekatan dengan rumah.hampir 6bulan berada di sekolah tersebut banyak banyak perkara baru yang dapat dipelajari di sekolah tersebut. mungkin ada hikmahnya allah meletakkan aku di sekolah tersebut. tetapi memanh tak dapat dinafikan hati ini teringan berada di sk yg majoritinya beragama islam. ada banyak perkara yg bermain di fikiran sekirabha masih ada peluang berada di sk.

Walau macam mana pun hati ini kena tabah dengan setiap dugaan yg allah bagi. allah itu maha adil. walaupun sek dekat dgn rumah tetapi hati ini diuji dgn persekitaran dan suasana di sekolah yg mungkin tidak kena dgn hati dan jiwa aku. 

Aku sangat rindu akan suasana di kampus dulu. walau sibuk macam mana pun kalau kita tak tinggal kerja2 islam hati rasa sangat tenang dan seronok bila berdamping dgn sahabat2. tapi bila  dah berkerja dugaan yg diberi oleh allah sangat besar dan kita perlu hadapinya dengan tenang.