05 December 2013

Kekuatan AKAL

Alhamdulillah berysukur kehadrat Allah kerana aku masih hidup di muka bumi ini masih diberi peluang untuk berjuang menegakkan agamamu.

Alhamdulillah hari ini ingin saya kongsikan tentang nikmat akal yang Allah s.w.t telah berikan kepada setiap hambanya. Dengan menggunakan akallah setiap manusia itu dapat menyempurkan tugas seharian. Tanpa akal seseorang itu mungkin sukar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Ya, memang setiap manusia mempunyai akal. Namun, setakat mana kita menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaiknya supaya akal yang kita gunakan bermanfaat untuk diri kita dan orang lain. Kadang-kadang kita tanpa kita sedari sebenarnya akal yang telah kita gunakan mendatangkan kesan yang buruk pada diri orang lain dan mungkin kadang2 memberi manfaat juga kepada orang lain.

Namun, harus diingat setiap akal yang kita gunakan bukanlah datangnya dari kita tetapi semuanya  adalah datang dari Allah s.w.t. Kadang2 kita banggga kerana mempunyai akal yang baik dan bernas yang mampu memikirkan sesuatu yang luar biasa tetapi kita lupa pada pemberi akal yang telah mengurniakan kita akal untum berfikir.

Jika baik yang kita minta, maka baiklah yang kita dapat. Jika buruk yang kita minta, maka buruklah yang kita dapat. Akal yang baik datang dari minda yang cerdas yang sentiasa memikirkan kebesaran Allah.

"Kekuatan Vs Akal"

Mesti kita terfikir kan apa kena mengena kekuatan yang kita ada dengan akal. Antara kancil yang bijaksana dengan buaya yang kuat. Jika lihat dr kekuatan sudah tentu kancil yang akan menang, tetapi jika dilihat pada akalnya sudah tentu kancil yang bijaksana akan menang.

Kekuatan seseorang itu bukan terletak pada kekuatannya tetapi terletak pada akalnya. Oleh itu, gunakanlah akal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya. Fikirkan sesuatu yang dapat memanfaatkan diri kita, keluarga dan agama kita. Insyaallah kita sentiasa dalam Rahmat dan keberkatan Allah.

wassalam

"Coretan seorang Pendidik"

23 September 2013

Guruku

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik sudah hampir sembilan bulan aku bergelar seorang guru. Macam2 perkara yang aku pelajari sepanjang menjadi seorang guru selama lebih kurang sembilan bulan ni. Terjun ke medan sebenar sebagai seorang pendidik bukanlah perkara yang mudah. Dulu masa belajar tidak sabar untuk menjadi guru. tetapi bila sudah melalui perkara sebenar barulah tahu betapa sukarnya menjadi seoranb guru dan untuk mendidik anak orang.

Tidak semua perkara yang dilalui oleh semua guru itu adalah sama. Setiap yang dilalui oleh manusia adalah berbeza. Ada yang susah, perit, mudah dan sebagainya. Namun, setiap perkara yang dilalui, kita haruslah tabah dan sentiasa berxangka baik dengan Allah..

Tidak sama mendidik anak seagama dengan kita dengan mendidik anak yang bukan seagama dengan kita. Namun, kita cuba untuk mendidik insan2 ini menjadi orang yang berguna dan secara tak langsung boleh berdakwah kepada mereka. Setiap kali pergi ke sekolah mesti berdoa supaha Allah lembutkan hati insan2 ini dan sememang aku akan berdoz supaya Allah mempermudahkan jalan untuk aku mendicik mereka.

Walaupun rasa agak tertekan apabila berhadapan dengan mereka, namun mustahil jika perasaan sayang terhadap mereka tidak ada. Pernah sekali terlintas di fikiran supaya Allah pindshkan aku ke sekolah sk. Namun, dalam hati masih sayang untuk meninggalkan mereka.

Ya Allah permudahkan urusan hambamu ini dalam mendidik anak2 ini. Aminn...



08 June 2013

Rezeki DARI Allah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat allah dengan izinnya dap at juhga  menulis sesuatu di laman blog ini.. hanya di sini sahaja yang tempat untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati. rasa kalau dapat menulis hati rasa tenang sikit. 

Nak bercakap berkenaan rezeki yang kita dapat bukanlah datangnya dari sesiapa kerana manusia tidak dapat menentukan nasib dan rezeki seseorang. hanya allah sahaja yg dapat menetukan rezeki sesorang. 

Bercakap berkenaan rezeki, alhamdulillah allah telah menempatkan aku di sekolah jenis kebangsaan cina berdekatan dengan rumah.hampir 6bulan berada di sekolah tersebut banyak banyak perkara baru yang dapat dipelajari di sekolah tersebut. mungkin ada hikmahnya allah meletakkan aku di sekolah tersebut. tetapi memanh tak dapat dinafikan hati ini teringan berada di sk yg majoritinya beragama islam. ada banyak perkara yg bermain di fikiran sekirabha masih ada peluang berada di sk.

Walau macam mana pun hati ini kena tabah dengan setiap dugaan yg allah bagi. allah itu maha adil. walaupun sek dekat dgn rumah tetapi hati ini diuji dgn persekitaran dan suasana di sekolah yg mungkin tidak kena dgn hati dan jiwa aku. 

Aku sangat rindu akan suasana di kampus dulu. walau sibuk macam mana pun kalau kita tak tinggal kerja2 islam hati rasa sangat tenang dan seronok bila berdamping dgn sahabat2. tapi bila  dah berkerja dugaan yg diberi oleh allah sangat besar dan kita perlu hadapinya dengan tenang.

29 December 2012

BERCUTI..

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah setelah lama bercuti tanam anggur dan menghabiskan beras di rumah, akhirnya dapat jugak jalan-jalan di Port Dickson dan Melaka. Itu pun sebab pergi ke majlis kawan baik. Dah alang-alang sampai PD, tu yang pergi Melaka terus sebab dah lama sangat tak pergi sana. Sampai je Melaka Ya Allah rasa macam sesak nafas sebab jalan jem. Tak tahulah apa yang orang cari kat Melaka ni sampai setiap kali cuti mesti jalan jem.. Tak ada la best mana pun seebnarnya tapi saje seronok berjalan n bawak anak buah yang bernama HUSNA tu je.. Sedikit photo bercuti di Melaka dan PD:



Kenangan di rumah cik Lisa (he3)

Burung oh burung 

 Tak tahu binatang apa. Macam kuda tapi lagi comel..hihi

 Tapir



Gambar di rumah Sang Kancil


Acu Kembar bersama anak buah kesayangan

15 December 2012

SUKARNYA MENCARI TEMAN HIDUP

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah sudah hampir sebulan aku menamatkan pengajian di IPG kampus Ipoh. Pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang 5 tahun setengah berada di sana. Pengalaman bersama rakan-rakan usrah dan adik-adik usrah memberikan aku satu pengalaman yang banyak mengubah cara hidup aku. Bersyukur ditempatkan di bumi Ipoh dan bakal menjadi guru suatu hari nanti. Bukan senang diri ini menerima hakikat menjadi seorang pendidik, Seakan tidak percaya diri ini bakal menjadi seorang pendidik yang akan mendidik anak bangsa dari semua aspek bukan sahaja dari segi pelajaran malah penerapan akhlak dan nilai agama juga penting untuk diterapkan kepada anak-anak murid kita.

Teringat lagi mula-mula nak masuk IPG dulu. Sebelum melangkah masuk ke IPG aku telah mendaftarkan diri di UiTM segamat dalam bidang pengurusan bank. Kalau ikutkan memang hatiku berat ingin meninggalkan UiTM kerana begitu sayang dengan kos yang diambil dan terlalu berminat dengan bidang pengiraan. Namun, setelah berada di IPG, baru aku tahu bahawa ada sebabnya Allah meletakkan diriku di sana. Allah lebih mengtahui apa yang terbaik. Bersyukur atas kurniaan Allah. Jika aku tidak berada di sana belum tentu diri ini dapat bersama-sama dengan sahabat lain berada dalam jalan dakwah ini. Walaupun kadang-kadang berasa sukar untuk mengharungi liku-liku apabila sudah berada di jalan ini. Tapi aku tak pernah menyesal dan sentiasa gembira berada di jalan ini. Alhamdulillah Ya allah bersyukur sangat2.

Panjang lebar dah mukaddimah tentang kehidupanku. Baru nak fokus kepada tajuk pulak. Semenjak ramai kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga ini baru aku tersedar yang aku sudah semakin dewasa dan semakin tua dan boleh kahwin pun. Ye la.. bukan senang untuk mencari yang terbaik. Bukanlah terlalu memilih tetapi cukup sekadar seorang teman yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik dan sentiasa menjaga agamanya. Namun, bukan senang nak cari teman sebaik itu. Jodoh tue telah ditentukan oleh Allah. Kita berhak berusaha untuk mencari yang terbaik. Kalau kita nak cari teman yang soleh atau solehah, kita kenalah jadi soleh atau solehah dulu. "Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik" Perbaiki diri dulu, barulah boleh dapat teman hidup yang baik.

Bukan senang untuk menjadi yang terbaik untuk memilih teman hidup yang terbaik. Siapa kita untuk menolak takdir jika jodoh itu telah ditentukan oleh Allah. Kita hanya mampu berdoa mendapat jodoh yang baik yang cintanya kepada manusia tidak dapat menandingi cintanya terhadap Allah dan Rasul. Bila bercakap pasal jodoh masing-masing akan berdebar  Jodoh itu  akan datang bila tiba masanya. Namun, itu tak bermakna kita tak perlu berusaha untuk mencari pilihan hati kita. Doa itu senjata orang mukmin dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk diri kita.







08 November 2012

Gembiran Vs Sedih

Assalamualakum w.b.t

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberi nikmat dan Islam. Hari ini merupakan hari bersejarah bg aku.. Hari yang aku rasa gembira tetapi hakikatnya dalam hati ada duka dan lara. Siapa tahu?? hanya Allah sahaj yang tahu perkaraa yang tersemat dalam hati dan sanubari ni. Rasa macam nangis bila terfikirkan perkara tersebut. Siapa kita untuk menilai hati dan budi seseorang. Hanya Allah sahaja yang dapat menilainyal. Mungkin ini adalah ujian buat aku..

Alhamdulillah hari ini genap 23 tahun aku hidup di muka bumi ini. Terim kasih banyak2 kepada kawan-kawan yang sudi wish birthday . Kepada sahabat karib Siti Azlin, Zura, Wani.. Korang tetap dihati aku sampai bila-bila insyaallah.. Rasa mcm nak nangis je taip ni..huk3 Apa-apa pun kita tak tahu apa nasib yang menimpa diri kita pada msa akan datang. Sentiasalah berdoa agar hidup kita sentiasa disinari dengan cahaya Nur. Jangan biarkan hidup kita gelap tanpa cahaya... (Apa yang merepek tengah2 malam ni.. Tak tahu la nk tulis apa..)

Insyaallah akan merindui IPG tercinta. lagi2 kenangan bersama sahabat naqib-naqibah yang mungkin aku takkan pernah lupa bila bersama mereka. Bila bersama mereka hati rasa tenang dan gembira. Segala masalah akan hilang. Tapi tak tahu la lepas ni nk mengadu dan luahkan lat siapa lagi.. Semoga diri ini istiqamah YA ALLAH..

30 September 2012

Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum w.b.t  

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t atas nikmat dan rahmat yang dberikan kepada hambamu ini. Pejam celik pejam celik lebih kurang dalam sebulan lebih sahaja diri ini akan berada di kampus tercinta. Rasa sayu dan sedih ingin meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama-sama susah dan senang. Tak tahu la kenapa hari ni rasa sayu dan sedih sekali bila teringat dah tak berapa lama lagi masa di sini.



Setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza. Selama hidup di muka bumi ni hampir 23 tahun bermacam-macam kerenah manusia yang dijumpai. Daripada manusia yang baik, sederhana, nakal, jahat dan mcam2 lagi. Namun, setiap manusia itu diuji dengan ujian dan cabaran yang berbeza. Kita tidak boleh mengubah seseorang itu melainkan dengan kehendak diri individu tersebut dan hanya diri mereka sahaja yang boleh mengubah. Kita sebagai manusia yang berada di sekelilingnya harus melalukan yang terbaik  dan berdoa supaya mereka dapat berubah kepada yang lebih baik.

Dalam kehidupan kita ini juga, kadang-kadang kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. kita dah cuba semampu yang mungkin tetapi apa yang diharapkan kadang-kadang kita tak dapat nak kecapi. Walau macam mana pun kita bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin diri kita cuba nak buat yang terbaik dan cuba untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak, tapi kadang2 orang salah anggap dengan kita dan mula fikirkan perkara yang negatif terhadap diri kita. 


Perkara seperti ini mungkin sudah ramai yang terjadi  pada mereka yang sedang memikul tannggungjawab yang besar atau mungkin pada mereka yang bernama "MANUSIA". Setiap orang mempunyai kehidupan berbeza. Ada yang hidupnya suka untuk berhibur, ada beruang di jalan Allah dan ada orang hidup hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan mcam2 lagi. Walau macam mana pun hidup dalam perjuangan adalah merupakan hidup yang paling indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang berada di jalan itu sahaja yang dapat mengecapi nikmat tersebut.


Namun, tidak semua orang di dunia ini dipilh oleh Allah untuk berada di jalan tersebut. Mereka yang dipilih oleh Allah seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidk boleh mensia-siakan nikmat yang dikurniakan. Harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Jika tidak dapat memuaskan hati semua orang pun sekurang-kurangnya dapat puaskan hati kita di jalan Allah dan hanya kerana Allah.

" SEMOGA DIRI INI ISTIQAMAH PADA JALAN ALLAH"