05 December 2013

Kekuatan AKAL

Alhamdulillah berysukur kehadrat Allah kerana aku masih hidup di muka bumi ini masih diberi peluang untuk berjuang menegakkan agamamu.

Alhamdulillah hari ini ingin saya kongsikan tentang nikmat akal yang Allah s.w.t telah berikan kepada setiap hambanya. Dengan menggunakan akallah setiap manusia itu dapat menyempurkan tugas seharian. Tanpa akal seseorang itu mungkin sukar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Ya, memang setiap manusia mempunyai akal. Namun, setakat mana kita menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaiknya supaya akal yang kita gunakan bermanfaat untuk diri kita dan orang lain. Kadang-kadang kita tanpa kita sedari sebenarnya akal yang telah kita gunakan mendatangkan kesan yang buruk pada diri orang lain dan mungkin kadang2 memberi manfaat juga kepada orang lain.

Namun, harus diingat setiap akal yang kita gunakan bukanlah datangnya dari kita tetapi semuanya  adalah datang dari Allah s.w.t. Kadang2 kita banggga kerana mempunyai akal yang baik dan bernas yang mampu memikirkan sesuatu yang luar biasa tetapi kita lupa pada pemberi akal yang telah mengurniakan kita akal untum berfikir.

Jika baik yang kita minta, maka baiklah yang kita dapat. Jika buruk yang kita minta, maka buruklah yang kita dapat. Akal yang baik datang dari minda yang cerdas yang sentiasa memikirkan kebesaran Allah.

"Kekuatan Vs Akal"

Mesti kita terfikir kan apa kena mengena kekuatan yang kita ada dengan akal. Antara kancil yang bijaksana dengan buaya yang kuat. Jika lihat dr kekuatan sudah tentu kancil yang akan menang, tetapi jika dilihat pada akalnya sudah tentu kancil yang bijaksana akan menang.

Kekuatan seseorang itu bukan terletak pada kekuatannya tetapi terletak pada akalnya. Oleh itu, gunakanlah akal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya. Fikirkan sesuatu yang dapat memanfaatkan diri kita, keluarga dan agama kita. Insyaallah kita sentiasa dalam Rahmat dan keberkatan Allah.

wassalam

"Coretan seorang Pendidik"

1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.