15 August 2010

.::Hujung Minggu Ramadhan:..


assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang pemurah lagi Maha mengasihani.. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan kaum kerabat baginda.

Bila tiba je hujng minggu semua kawan-kawan, jiran-jiran, sepupu sepapat nak balik rumah lagi-lagi waktu bulan puasa ni.. Masing-masing nak bersahur dan berbuka bersama keluarga tercinta.. Tapi saya pulak dok kat asrama ni dengan Roomte yang tersayang. hehe.. ( rase macam nak balik sebenarnya tapi pikir2 balik lagi 2minggu je dah nak balik rumah). Jadi, buat keputusan untuk stay je kat IPG yang tercinta ini.. Tapi masih ada rasa rindu nak balik rumah nak berbuka bersama keluarga..( Mak.. Abah.. tunggu kepulangan anakmu lagi 2 minggu je lagi..huhu).

Huh.. elok plak jelez sangat2 dengan my Twin sebab dia cuti raye 2minggu.. saya dapat cuti berapa hari je.. rye ketiga dah kena balik IPG.. huhu.. xpe.. yang penting semua itu mungkin ada hikmahnya.

Sekarang ni pulak sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa esemen yang perlu dihantar selepas raya ni.. Alamatnya raya ni macam x raya la nampaknya.. kuih raya pun ntah sempat ke tidak nak buat. Kalo setiap tahun selalunya mesti buat 3 jenis kuih yang utama iaitu kuih Tat Nanas, almond london(import dr london,hehe..) dengan corn flakes madu.. Insyaallah akan sempat2kan jugak buat kuih raya..

Tiba-tiba dah tersasar jauh pulak,hehe.. nak cerita yang minggu ni minggu bersama roomte.. dua hari bersama roomte.. bermula dengan hari sabtu. Pagi2 lagi kami dah membuat operasi mengemas bilik bagi nampak lebih kemas dan lebih teratur lagi sampai la tengah hari.. bila masing2 dah penat apa lagi.. tidur la sampai zuhur dan solat berjemaah bersama roomte.. ingatkan plan nak keluar beli tiket bas roomte n jalan2 tapi disebabkan hujan yang lebat terpaksa tunda pada esok hari.. petang 2 terus pergi bazar untuk cari makanan buka puasa bersama roomte dan berbuka berdua-duaan bersama roomte..hehe(xda orang lain kacau sebab yang lain semua balik rumah).

Sekadar gambar hiasan(dari kiri, Alin, Zura, Wani, Cik Farhani, Ana,Fatin, Zima)

Boleh dikatakan setiap masa bersama roomte tercinta.. tapi hari ni buka bersama-sama housemate Kak.Pah dengan pelbagai macam lauk.( sangat best makan ramai2..terima kasih Kak, gea, Hana, Zima, Wani, Ana, Alin dan Zura). Lepas 2 terus solat berjemaah di rumah Kak.pah dengan berimamkan Cik Farhani dan lepas 2 terus pergi ke masjid untuk solat terawikh.

Hujung minggu yang sangat membosankan tetapi bila bersama roomte terasa sangat seronok dan happy.. asyik cerita roomte je.. nak tw roomte saya siapa? Haa.. namanya adalah Nurzuraniza bt Ramli anak jati Perlis. Walaupun orangnya garang tetapi dia adalah seorang sangat baik hati. Kami selalu share masalah bersama..(semua rahsia dia ada di tangan saya dan rahsia saya ada di tangan dia..hehe)

"SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN"

"MARI BERSAMA TINGKATKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"

Akhir sekali sekadar perkongsian untuk muhasabah diri.. renungilah Hadis Rasulullah s.a.w ini..

Daripada Anas berkata: Berkata Rasulullah s.a.w:

“ Tidak beriman seseorang kamu itu hinggalah aku lebih dicinta olehnya daripada ibu bapanya, dan anaknya dan manusia seluruhnya”

(Hadis riwayat bukhari)


No comments: