30 September 2012

Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum w.b.t  

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t atas nikmat dan rahmat yang dberikan kepada hambamu ini. Pejam celik pejam celik lebih kurang dalam sebulan lebih sahaja diri ini akan berada di kampus tercinta. Rasa sayu dan sedih ingin meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama-sama susah dan senang. Tak tahu la kenapa hari ni rasa sayu dan sedih sekali bila teringat dah tak berapa lama lagi masa di sini.



Setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza. Selama hidup di muka bumi ni hampir 23 tahun bermacam-macam kerenah manusia yang dijumpai. Daripada manusia yang baik, sederhana, nakal, jahat dan mcam2 lagi. Namun, setiap manusia itu diuji dengan ujian dan cabaran yang berbeza. Kita tidak boleh mengubah seseorang itu melainkan dengan kehendak diri individu tersebut dan hanya diri mereka sahaja yang boleh mengubah. Kita sebagai manusia yang berada di sekelilingnya harus melalukan yang terbaik  dan berdoa supaya mereka dapat berubah kepada yang lebih baik.

Dalam kehidupan kita ini juga, kadang-kadang kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. kita dah cuba semampu yang mungkin tetapi apa yang diharapkan kadang-kadang kita tak dapat nak kecapi. Walau macam mana pun kita bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin diri kita cuba nak buat yang terbaik dan cuba untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak, tapi kadang2 orang salah anggap dengan kita dan mula fikirkan perkara yang negatif terhadap diri kita. 


Perkara seperti ini mungkin sudah ramai yang terjadi  pada mereka yang sedang memikul tannggungjawab yang besar atau mungkin pada mereka yang bernama "MANUSIA". Setiap orang mempunyai kehidupan berbeza. Ada yang hidupnya suka untuk berhibur, ada beruang di jalan Allah dan ada orang hidup hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan mcam2 lagi. Walau macam mana pun hidup dalam perjuangan adalah merupakan hidup yang paling indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang berada di jalan itu sahaja yang dapat mengecapi nikmat tersebut.


Namun, tidak semua orang di dunia ini dipilh oleh Allah untuk berada di jalan tersebut. Mereka yang dipilih oleh Allah seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidk boleh mensia-siakan nikmat yang dikurniakan. Harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Jika tidak dapat memuaskan hati semua orang pun sekurang-kurangnya dapat puaskan hati kita di jalan Allah dan hanya kerana Allah.

" SEMOGA DIRI INI ISTIQAMAH PADA JALAN ALLAH"





1 comment:

Anonymous said...

Mohon share di facebook boleh?