15 September 2012

Gembiranya HATI..

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kehadarat Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di ruangan blog ini. Yang sudah sekian lama tidak dikemaskini dan diupdate.. Kebetulan hari ini rasa nk berbloging pulak. Bukannya tak banyak kerja. Ada berlambak kerja nk kena buat sebenarnya, tapi nak bila nk rilekskan otak mesti cari blog jugak nk luahkan sesuatu yang tersimpan dibenak fikiran.. Sekarang ni tengah sibuk2 menyiapkan Action Research yang aku rasa sesak nafas bila buat dan bila fikirkan hari pembentangan masa seminar nanti. Pening kepala dibuatnya.. Nak kata pening sangat tue tak la pening sangat pun sebenarnya.. Cuma mungkin jadi pening kepala dengan pelbagai pendapat dan pndangan orang lain tentang kajian yang dibuat.


Hati ni rasa gembira dan bahagia je bila menyiapkan kerja2 AR ni. (ayat pasrah...) Em.. nak tak nak kena la siapkan jugak sehingga terpaksa korbankan cuti 1 Malaysia semata-mata nak siapakan AR yang sangat disayangi oleh pelajar tahun akhir di seluruh IPG di Malaysia.. Orang semua dah balik kampung tinggallah dua sahabat yang setia yang ingin menyiapakn kerja AR kononnya.. Apa-apa pun minggu depan mesti balik punya dengan hati yang tenang walaupun kena bersedia pulak untuk hari pembentangan nanti.

Dah habis dah cerita pasal AR. Nak cerita pasal hati pulak.. Bila ek hati kita gembira?? Mesti orang akan cakap hati kita akan gembira bila :
1) Dah makan..
2) Kerja-kerja dah siap.
3) Balik kemapung.
4) Orang belanja makan.
5) Berkumpul dgn sahabat2.
6) Tidur.
7) Jalan-jalan cari makan..

dan mcam2 lagi.. Kalau nak listkan semua memang penuh la entry kali ni.. Nak ceritanya kat sini, kalau hati rasa gembira semua kerja kita akan buat dengan hati yang ikhlas dan gembira. Tapi kalau kita tak gembira, mesti kerja yang kita buat tue hasilnya mcm terpaksa jugak. Kalau hati kita gembira laju dan senang je kita nk buat sesuatu kerja.. Tapi kalau tak gembira mesti kerja tue jadi slow n mcm malas je nak buat..

tak tahu la entry ni ada kena mengena dgn tajuk ke tak.. Yang penting luahan rasa hati dah diluahkan kepada blog yang tercinta. Ada banyak lagi cerita nk diceritakan sebenarnya sepanjang tahun akhir yang nak berkahir tak lama lagi.. Tapi lain kali je kot nak cerita sebab tak dan nak menaip dah.. (menaip kat blog bukan main laju lagi.. Bila buat assigmnet dengan AR hampeh.. slow betul. HUH)
wassalam...

No comments: