31 May 2012

Tak Semudah itu???

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak update blog ni.. Bukannya malas nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa dan tak ada topik yang ingin dikongsikan. Cuti 3 minggu di rumah ni baru terasa nak update blog dan menulis sesuatu yang aku rasa boleh dikongsikan. Pejam celik pejam celik dah tahun akhir rupanya aku.. Dalam masa lebih kurang 5 bulan sahaja lagi aku bakal menamatkan zaman kehidupan berada di alam belajar. Terlalu banyak perkara, ilmu pengalaman sahabt2 dan macam-macam perkara yang mungkin aku tidak dapat lupakan. Rasa berat ingin meninglkan zaman kampus nanti. Mesti rindu pada sahabat-sahabat.. Allah.. Tiba-tiba rasa sebak pulak..huhu

Kehidupan yang kadang-kadang kita merasakan ianya mudah sebenarnya bukanlah mudah yang kita sangkakan. Tidak semua orang akan sentiasa melalui jalan yang lurus. Kadang-kadang kita akan merasa juga jalan yang berliku-liku sehingga kadang-kadang kita lemah dan tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan tersebut. Bukan mudah untuk melalui jalan tersebut. Namun kita sebagai hambaNya perlu sentiasa berbaik sangka dengan Allah dan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mesti ada sebab dan hikmahnya. kepada siapa lagi untuk kita mengadu kalau bukan kepada Yang Maha Esa. Kepada siapa lagi untuk kita memohon pertolongan kalau bukan kepada Allah.. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Jika kita ikhlas memohon kepadaNya insyaallah Allah akan makbulkan.

Walaupun kadang-kadang kita tertanya-tanya KENAPA?? KENAPA?? DAN KENAPA??AKU HARUS HARUNGI SEMUA INI?? KENAPA SUSAH ORANG NAK FAHAM?? Tetapi kita perlu ingat bahawasanya jika kita merasa susah ingatlah bahawa masih ada manusia lain yang lebih susah dari kita.. Jika kita merasa lemah ingatlah bahasanya masih ada orang yang lmah dari kita dan kita harus KUAT untuk menghadapi segala ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Kebenaran akan terbukti juga nanti.. Hanya mampu berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar kebenaran akan terbukti juga nanti. Dikala diri tersepit ditengah-tengah, Kita tak mampu untuk memberi kebenaran yang kita mampu hanya mendengar walaupun diri terasa amat sakit sekali.. YA ALLAH SEMOGA KEBENARAN AKAN TERBUKTI JUGA NANTI!!!


No comments: