17 September 2012

KISAH KASEH..


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga aku bertungkus lumus menyiapkan Action Research yang dijangka akan dihantar kepada pensyarah penyelia esok mungkin.(bajet raji... konon nak siap. padahal??? huhu). Biasa la.. dalam dok sibuk2 menyiapkan AR ni kadang2 dalam masa yang sama pergi la tgk2 n baca2 blog orang lain jugak n facebook. Tak ada la rajin sangat sampai fokus terus kepada AR sampai isu-isu semasa pun tak tahu kan.. Pelajar cemerlang sungguh kalau dapat fokus mcam tue.. Apa-apa pun insyaallah aku kan buat yang terbaik untuk semester yang terakhir ni walaupun  CGPA tak mungkin blh kejar untuk dapat first class degree.. 


Tengah dok tension buat AR ni.. tiba2 rajin je tangan ni nak menaip dan aku tahu tempat yang paling syok sekali nk menaip dan meulahkan rasa di hati mestilah di blog ni.. Sebenarnya tak tahu pun nak luahkan apa pulak hari ni.. Cumanya aku cerita sikit tentang kawan-kawan yang berada di sekeliling aku ni.. Ye la.. bila dah semester akhir paham2 je la kan. Masing-masing mesti tengah sibuk dok cerita pasal k**w*n. Haa.. teka2 la sendiri apa dia perkataan tue kan. hehe
Gembira bila dengar kawan-kawan dah tak lama nak mengakhiri zamn bujang. Kadang-kadang ada juga rasa jeles.hehe.. tapi apa2 pun aku dah target bila aku akan melalui saat itu. Hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu.. Tak nak la cerita kat sini kan. Bab2 jodoh ni lebih baik kita serahkan kepada Allah sahaja. Kalau belum sampai jodoh nak buat mcm mana kan. (bukan ayat pasrah..hehe).


" Ketentuan jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Hanya tunggu masa dan waktunya sahaja untuk jodoh itu sampai kepada kita. Apa-apa pun doa adalah penting untuk kita mendapat jodoh yang terbaik di sisi Allah". Istikharah adalah penting untuk menentukan jodoh yang terbaik disisiNya"

T.kasih untuk hari ni..


WASSALAM..





No comments: