01 March 2010

AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL










assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah syukur kehadrat Allah taala kerana saya masih diberikan umor untuk bernafaz di muka bumi ini.. mungkin sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini.. disebabkan kekangan dan waktu yang tidak mengizinkan saya untuk menulis. namun, hari ini saya berkesempatan juga dan mengambil sedikit masa untuk menulis.

mungkin bahang hari ulangtahun kelahiran Rasullullah masih ada dalam diri kita semua.. banyakkanlah berselawat dan amalkanlah sunnah Rasulullah jika kita benar-benar menyayangi dan mencintai Rasulullah. Hanyalah itu sahajalah cara yang menunjukkan kita benar-benar ikhlas mencintai Rasulullah.

sebenarnya itu hanyalah pengenalan untuk entry kali ini.. saya ingin bercerita sedikit tentang kenduri aqiqah dan cukur jambul yang telah berlangsung di rumah saya pada hari jumaat yang lalu iaitu di kediaman Taman Damai, Tg Karang. Selangor. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Tapi, letihnya dah macam kenduri kahwin pun. Maklumlah abah saya ni bukannya boleh buat kenduri kecil-kecilan.. Orang yg dikenali ramai la katakan.. kalo x jemput karang nt mesti ada yang cakap"amboi, kenduri xjemput kita pun ye.." inilah perkataan yg selalu didengar bila xjemput kwn2..

em.. sebenarnya kenduri ini untuk anak buah saya yang br lahir hari itu iaitu anak kepada abang saya Faizalruddin. Nama anaknya Mohd Fahim Izzudin sekali dengan qiqah seekor kambing.. seminggu sebelum itu buat kenduri kt umah Mak kak ipar saya kat Kuala Terengganu.. kiranya ini susulan la.. buat kt sini la.. sini seekor kambing sana seekor kambing.. wah.. untung betul Fahim kan.. macam dah kenduri kahwin lak..

kenduri itu bermula pada pukul10 pagi iaitu dimulakan dengan Marhaban dan selawat dan cukur jambul. Macam biasalah ketua marhabannya mestilah abah saya. walaupun umah sendiri yang kenduri tetap abah jugak yang kena marhaban.. lepas itu, dalam kol11 lebih tetamu dijemput untuk menjamu makanan..

menu makanan

1. ayam goreng tepung
2. daging kambing masa kurma
3. daging kambing masak kari
4. sup ayam
5. jelatah (timun)
6. ulam-ulaman.
7. sup ayam.

wah.. banyak tol menu masa kenduri 2.. saya pun rasa tak tw nk pilih lauk yang mane.. masa hari itu, memang ramai sangat orang datang. kawan abang saya lagi, kak ipar lagi, kakak lagi. abah lagi.. jiran2.. saudara mara.. 2 yang ramai.. sampai abah cakap "baik wat kenduri kahwin je kalo cm ni" haha.. gelak saya dengar abah cakap macam 2..

inilah gambar sekitar kenduri tersebut





No comments: