03 March 2010

USAHA


alhamdulillah bersyukur kehadartAllah kerana saya masih bernagas di muka bumi ini..

alhamdulillah.. akhirnya siap juga refleksi EDU iaitu tugasan yang telah diberikan kepadaku.. sekarang ini terlalu banyak tugasan yang perlu saya siapkan kerana selepas cuti ini, semua tugasan akan dihantar. jadi, waktu cuti adalah bukan cuti semata-mata tetapi waktu untuk menyiapkan semua tugasan yang telah dipertanggungjawab.. Ya Allah.. permudahkanlah setiap urusanku. 8 hb Februari ini saya akan menjalankan PBS di Kuala Kangsar iaitu di rumah Prof Ana(maziana), panggilan popular bagi ana..he3. tak sabar rasanya ingin melawat tempat orang dan mengetahui kehidupan dan loghat di Kuala pulak. sem 1 dulu, PBS kat Perlis rumah zura, sem 2 pulak kat rumah saya, Tg Karang. macam pengalaman yang saya dapat sepanjang PBS..

sebenarnya,nak cerita sedikit tentang perjalanan beberapa hari ini yang saya rasakan begitu sukar dan menyakitkan.. sejak dari balik dari rumah hari itu, hari-hari saya tido pukul3.. huhu mane tidaknya hendaklah menyiapkan tugasan lagi.. dalam masa yang sama perlu menyiapkan dokumentari solat iaitu pertandingan yang dianjurkan oleh biri agama dan kerohanian. yang menjadi masalah dan menyakitkan hati adalah apabila movie maker dokumentasi tersebut tidak boleh dipublish, ditambah pulak laptop yang dah tidak betol dan nak restart je.. wah.. sangat tension buat benda ini.. penat-penat buat tak boleh nak publish pulak. buat cara yang lain pun still x boleh nak publish jugak.

akhirnya, cadangan yg dibuat oleh prof ana ialah buat dalam p.point, tetapi saya, wani dan zura dan give up dan tidak sanggup buat lagi.. kami dh redha dan pasrah jika kami tidak dapat menghantar hasil kerja yang dibuat bertungkus lumus itu..

berkat dari kesabaran dan ketabahan prof ana membuat dlm p.point dan sanggup mengorbankan masa untuk tido walaupun malam sebelum tidak cukup tdo, dia sanggup buat dan hasilnya telahpun siap.. bersyukur atas semua ini... dugaan betul semua ini..
sok mungkin dokumentari ini akan dihantar, walaupun tak harap nak menang.. janji hasil kerja tungkus lumus dapat dihantar.

p/s: terima kepada semua yg bertungkus lumus terutama wani, zura, ana, nurul dan alin yang banyak menyokong.

No comments: