27 November 2011

HIJRAH HAKIKI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Salam maal hijrah diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. "Hijrah" merupakan satu perkataan yang mana ramai yang mengatakan pendapat dan pandangan yang berbeza melalui konsep hijrah itu sendiri. Jika dengar perkataan hijrah, teringat zaman Rasulullah berhijrah dari kota Mekah ke Kota kota Madinah untuk menyebarkan dakwah. Perjuangan Rasulullah merupakan perjuangan yang amat besar yang mana Rasulullah menghadapi pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan sepanjang perjalanan baginda ke kota Madinah.

Justeru,, orang yang melakukan hijrah yang sebenar adalah orang yang berhijrah dengan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Bila menyebut perkataan berhijrah ia dimaksudkan dengan berhijrah daripada melakukan perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Sering kali orang tidak menganggap perkara tersebut adalah perkara yang serius. Namun, jika orang yang benar-benar menghayati maksud hijrah yang sebenar sahaja daapat melakukannya dengan baik.

Berhijrah untuk menjadi seorang muslim yang baik bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan senang bagi seseorang yang jahil dan sering kali melakukan kesalahan. Mengapakah sukar untuk melakukan perubahan jika hati sudah tergerak. Perkara ini akan menjadi sukar jika tiada kekuatan dan keyakinan dalam diri. ini disebabkan sikap diri sendiri yang malu untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Mengapa manusia tidak malu untuk melakukan kesalahan tetapi malu untuk melakukan kebaikan?? soalan ini tertanya-tanya dalam minda dan sanubari dibenakku.

Teringat penghijrahan yang dilakukan oleh diri yang kerdil ini. Jika dulu diri ini sering melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sekarang diri ini sudah meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika dulu diri ini sering disibukkan dengan hiburan dan duniawi. Sekarang diri ini hanya sibuk memikirkan tentang Islam. Jika dulu imej dan pakaian diri tidak memenuhi syariat Islam. Sekarang diri ini berubah dan cuba untuk berubah kepada imej wanita solehah. Semuanya hanyalah keazaman dan keyakinan dalam diri yang cuba untuk berubah dari semasa ke semasa.

"Ya Allah janganlah kau palingkan hati kami setelah engakau memberi hidayah kepada Kami". Doa ini seringkaliku baca setiap kali selepas solat supaya hati ini tidak dipalingkan daripada jalanMu yang telah ku pilih. Hati ini tidak sanggup beerpaling dari kebenaran dan jalan yang lurus. Hati ini tidak sanggup dikotori oleh maksiat dan kemungkaran. Hati ini juga tidak sanggup digelapkan dek kerana kejahatan yang dilakukan.

Oleh itu, sama-samalah kita berazam untuk menjadi seorang insan yang berguna dan menyumbang kepada Islam. Jangan jadikan alasan untuk berhijrah kerana tidak bersedia atau tidak layak atau seumpama. Seringkali orang mengatakan bahawa "aku bukan alim sangat nak pakai tudung besar-besar ni...", " malulah nak tudung, nanti orang cakap aku ni tak betul nak insaf konon". Sampai bila kita berubah kalau bukan diri sendiri yang berazam untuk berubah. Ketepikan segala kata-kata manusia dan bisikan-bisikan syaitan yang cemburu melihat perubahan orang lain.

No comments: