08 January 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah kerana diri ini masih lagi mampu bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun terakhir diri ini berada di bumi IPG kampus Ipoh. Tiba-tiba terasa sayu dan sedih bila mengenangkan tinggal berapa bulan sahaja lagi akan berada di bumi IPG dan tidak lama lagi akan terjun ke bidang pekerjaan pula.. Selagi diri ini terdaya, diri ini bertekad untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.. cuba untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan cuba sedaya upaya mana yang termampu untuk menyumbang tenaga dan korbankan sedikit masa demi untuk ISLAM yang tercinta..

Walaubagaimanapun, kenangan bersama-sama sahabat mesti tidak boleh dilupakan. Walaupun diri akan berjauhan, namun ikatan ukhwah yang dibina berlandaskan ISLAM tidak akan terputus walaupun berjauhan dan ikatan ini hanya akan terputus jika diri dipanggil ILAHI. Itulah nikmatnya bersahabat dan berukhwah atas dasar satu akaidah yang sahih. Walau dicampak sejauh mana pun, ikatan itu tidak akan terputus sampai bila-bila.

Sudah hampir seminggu kuliah berjalan. Masa yang begitu padat sekali sehingga terpaksa buat kelas malam sampai pukul11 malam. Tidak pernah dalam sejarah sepanjang berada di IPG kuliah sampai 11 malam.. Jarang dapat jumpa pensyarah yang dapat korbankan masa hingga hampir lewat malam semata-mata menggantikan kuliah yang tertinggal. Walaubagaimanapun, terasa semain lama semakin sibuk dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab. Namun, cekalkan hati dan cuba untuk melakukan yang terbaik dan berazam untuk cuba tidak melakukan kesilapan dulu.. "YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU". Doa yang tidak putus-putus supaya ALLAh sentiasa mempermudahkan urusanku.

Praktikum juga semakin hampir, alhamdulillah dapat sekolah Kampar iaitu SEKOLAH METHODIST MALIM NAWAR". Walaupun cuba untuk bertukar sekolah, namun akhirnya dapat juga di sekolah ini. Mungkin ada hikmahnya diri ini berada di Sekolah tersebut. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan alhamdulillah rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah juga dah dapat.Bila teringat waktu mencari rumah sewa semalam.. rasa sangat2 bersyukur dengan ALLAH kerana mempermudahkan urusan kami dengan mendatangkan seorang hamba ALLAH iaitu seorang pak cik dalam lingkungan 60an dengan membantu mencari rumah sewa sehingga dapat dan siap nak basihkan rumah lagi... Masa itu bersyukur sangat dan terasa bahawa ALLAh sentiasa cuba untuk mempermudahkan urusan hamba-hambanya .

Hari berganti hari berada di IPG, semakin hari terasa semakin sayu apabila pelbagai masalah datang kepada diri yang lemah ini. Justeru, diri harus kuat menghadapi segala perit dan getir dan yang penting ISTIQAMAH merupakan satu perkara yang penting bila tujahan demi tujahan cabaran hidup datang dalam kehidupan. Semoga ALLAh menjaga hati ini dan tetapkan hati ini supaya tidak dikotori dengan perkara-perkara yang buruk.

No comments: