21 March 2010

IBU.. OH IBU..



assalamualaikum w.b.t

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana saya masih diberi kesempatan untuk bernafaz di muka bumi ini.

alhamdulillah sudah selesai melakukan PBS di Kuala Kangsar iaitu di Sekolah Chegar Galah. Banyak pengalaman yang saya dapat dan sangat seronok ketika berada di sana. Sekolah sangat unik dan sangat menarik kerana hanya terdapat satu bangunan sahaja dan pelajarnya hanya mempunyai 81 orang dan gurunya 15 orang.

lepas sahaja PBS, terus cuti seminggu.. tapi orang cuti seminggu wat esemen dengan jalan-jalan tapi saya duk umah jaga baby Fahim..huhu.. xpe la.. mungkin itu pengalaman untuk persediaan kepada alam yang akan datang ke.. hehe (paham2 je la). sepangajang semgu 2 da 2 kali ke kot saya keluar pergi pekan.. ye la.. kesian kat emak xkan nk jaga Fahim sorg2.. mak pun dah xlarat sangat nak jaga baby ni.. kak nisah pulak keje dan abang pulak g kursus 10 hari.. jadi sayalah yang membantu mak menjaga Fahim..

em.. yang tak tahannya dengan fahim ni... dia ni manja sangat. tak tahu lak pe yang dia nak.. asyik menangis je kalo da benda yang tak kena.. kadang2 terfikir gk..(kalolah dia leh ckap nak pe.. ckap je..huhu) masalahnya dia xtw pe2 lagi.. tw nak nangis je.. bila mama dia da elok pulak.. ish3 manja ek Fahim ni.. xpaham tol la..

em.. bila jaga baby ni baru terasa susahnya nak membesarkan anak. daripada dalam perut lagi mengandungkan kita 9 bulan.. lepas 2 bertarung nyawa melahirkan lagi, pas 2 nak besarkan pulak supaya dapat jadi orang yang berguna.. em, memang sangat susah.. lagi2 kembar macam saya ni.. macam mane la mak jaga kami dulu ek. mesti susah.. baru tahu betapa susahnya mengandung dan membesarkan anak. sebab itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu..

tapi bila tengok keadaan isu sekarang apabila orang senang2 je membuang anak mereka.. tergamak betul diorang. anak itu kan anugerah daripada Allah..

itu sahaja untuk kali ini, nak cerita tentang mak yang telah banyak berkorban untuk membesar dan menyara anak2.. terima kasih mak dan abah jasamu tidak mampu aku balas.. hanya doa dapat mengirimu..

p/s: 17 april ni mak nak pergi umrah.. semoga semuanya berjalan lancar dan semoga mak dan abah sihat ketika mengerjakan umrah di sana.. aminn..

05 March 2010

BERMULA..


alhamdulillah bersykur kehadrat Allah kerana kerana kita masih diberi nikmat untuk masih bernafas di muka bumi ini..

hari ini hari yang sangat gembira kerana usaha yang telah dilakukan tidak menjadi sia-sia apabila pengumumam pemenang pertandingan dokumentari solat diumumkan pada perhimpunan petang tadi.. syukur alhamdulillah kerana usaha daripada semua kumpulan membuktikan apabila kita tidak berputus asa dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara tentu akan ada hasilnya.. kami telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut, tak sangka sangat akan menang dan yang paling terharu apabila kawan saya memberitahu bahawa bahan dokumentari tersebut telah digunakan oleh seorang ustaz dalam sesi P&P beliau..

minggu hadapan bermulalah tugas yang sangat penting bagi seorang bakal guru iaitu saya akan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Kualan Kangsar bersama Cik zura dan Prof ana.. harap semuanya akan berjalan lanacar dan saya akan dapat menimba pengalaman yang baru berada di tempat orang. yang paling best sekali ialah saya akan berjalan-jalan di Kuala kangsar,hehee.. itulah yang saya nak sebenarnya..

Tahniah juga kepada team Kelas kami yang menyertai pertandingan Karaoke solat dan telah memenangi tempat pertama kategori klip video karaoke solat dan tempat ketiga keseluruhan pertandingan karaoke solat.. tahniah kepada aji, bad,bob dan syahid yang telah bertungkus lumus menyiapkan klip video tersebut.

03 March 2010

USAHA


alhamdulillah bersyukur kehadartAllah kerana saya masih bernagas di muka bumi ini..

alhamdulillah.. akhirnya siap juga refleksi EDU iaitu tugasan yang telah diberikan kepadaku.. sekarang ini terlalu banyak tugasan yang perlu saya siapkan kerana selepas cuti ini, semua tugasan akan dihantar. jadi, waktu cuti adalah bukan cuti semata-mata tetapi waktu untuk menyiapkan semua tugasan yang telah dipertanggungjawab.. Ya Allah.. permudahkanlah setiap urusanku. 8 hb Februari ini saya akan menjalankan PBS di Kuala Kangsar iaitu di rumah Prof Ana(maziana), panggilan popular bagi ana..he3. tak sabar rasanya ingin melawat tempat orang dan mengetahui kehidupan dan loghat di Kuala pulak. sem 1 dulu, PBS kat Perlis rumah zura, sem 2 pulak kat rumah saya, Tg Karang. macam pengalaman yang saya dapat sepanjang PBS..

sebenarnya,nak cerita sedikit tentang perjalanan beberapa hari ini yang saya rasakan begitu sukar dan menyakitkan.. sejak dari balik dari rumah hari itu, hari-hari saya tido pukul3.. huhu mane tidaknya hendaklah menyiapkan tugasan lagi.. dalam masa yang sama perlu menyiapkan dokumentari solat iaitu pertandingan yang dianjurkan oleh biri agama dan kerohanian. yang menjadi masalah dan menyakitkan hati adalah apabila movie maker dokumentasi tersebut tidak boleh dipublish, ditambah pulak laptop yang dah tidak betol dan nak restart je.. wah.. sangat tension buat benda ini.. penat-penat buat tak boleh nak publish pulak. buat cara yang lain pun still x boleh nak publish jugak.

akhirnya, cadangan yg dibuat oleh prof ana ialah buat dalam p.point, tetapi saya, wani dan zura dan give up dan tidak sanggup buat lagi.. kami dh redha dan pasrah jika kami tidak dapat menghantar hasil kerja yang dibuat bertungkus lumus itu..

berkat dari kesabaran dan ketabahan prof ana membuat dlm p.point dan sanggup mengorbankan masa untuk tido walaupun malam sebelum tidak cukup tdo, dia sanggup buat dan hasilnya telahpun siap.. bersyukur atas semua ini... dugaan betul semua ini..
sok mungkin dokumentari ini akan dihantar, walaupun tak harap nak menang.. janji hasil kerja tungkus lumus dapat dihantar.

p/s: terima kepada semua yg bertungkus lumus terutama wani, zura, ana, nurul dan alin yang banyak menyokong.

01 March 2010

AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL










assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah syukur kehadrat Allah taala kerana saya masih diberikan umor untuk bernafaz di muka bumi ini.. mungkin sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini.. disebabkan kekangan dan waktu yang tidak mengizinkan saya untuk menulis. namun, hari ini saya berkesempatan juga dan mengambil sedikit masa untuk menulis.

mungkin bahang hari ulangtahun kelahiran Rasullullah masih ada dalam diri kita semua.. banyakkanlah berselawat dan amalkanlah sunnah Rasulullah jika kita benar-benar menyayangi dan mencintai Rasulullah. Hanyalah itu sahajalah cara yang menunjukkan kita benar-benar ikhlas mencintai Rasulullah.

sebenarnya itu hanyalah pengenalan untuk entry kali ini.. saya ingin bercerita sedikit tentang kenduri aqiqah dan cukur jambul yang telah berlangsung di rumah saya pada hari jumaat yang lalu iaitu di kediaman Taman Damai, Tg Karang. Selangor. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Tapi, letihnya dah macam kenduri kahwin pun. Maklumlah abah saya ni bukannya boleh buat kenduri kecil-kecilan.. Orang yg dikenali ramai la katakan.. kalo x jemput karang nt mesti ada yang cakap"amboi, kenduri xjemput kita pun ye.." inilah perkataan yg selalu didengar bila xjemput kwn2..

em.. sebenarnya kenduri ini untuk anak buah saya yang br lahir hari itu iaitu anak kepada abang saya Faizalruddin. Nama anaknya Mohd Fahim Izzudin sekali dengan qiqah seekor kambing.. seminggu sebelum itu buat kenduri kt umah Mak kak ipar saya kat Kuala Terengganu.. kiranya ini susulan la.. buat kt sini la.. sini seekor kambing sana seekor kambing.. wah.. untung betul Fahim kan.. macam dah kenduri kahwin lak..

kenduri itu bermula pada pukul10 pagi iaitu dimulakan dengan Marhaban dan selawat dan cukur jambul. Macam biasalah ketua marhabannya mestilah abah saya. walaupun umah sendiri yang kenduri tetap abah jugak yang kena marhaban.. lepas itu, dalam kol11 lebih tetamu dijemput untuk menjamu makanan..

menu makanan

1. ayam goreng tepung
2. daging kambing masa kurma
3. daging kambing masak kari
4. sup ayam
5. jelatah (timun)
6. ulam-ulaman.
7. sup ayam.

wah.. banyak tol menu masa kenduri 2.. saya pun rasa tak tw nk pilih lauk yang mane.. masa hari itu, memang ramai sangat orang datang. kawan abang saya lagi, kak ipar lagi, kakak lagi. abah lagi.. jiran2.. saudara mara.. 2 yang ramai.. sampai abah cakap "baik wat kenduri kahwin je kalo cm ni" haha.. gelak saya dengar abah cakap macam 2..

inilah gambar sekitar kenduri tersebut