02 February 2010

>:: KEIKHLASAN:::..>


assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kesempatan untuk saya bernafaz lagi di muka bumi Allah ini. Sudah sekian lama rasanya menyepikan diri untuk menulis entry pada blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang keikhlasan.

Pernah ke kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu yang telah diamanahkan kepada kita. Mungkin perkara seperti ini, ada dalam diri kita. Cuba kita renung-renungkan. Adakah perkara yang aku buat selama ini betul-betul ikhlas atau terpaksa. Sejak saya mula masuk ke dalam Biro Agama dan Kerohanian JPP di kampus saya, banyak perkara yang saya belajar yang saya rasakan pengalaman-pengalaman tersebut banyak mengajar saya untuk menguruskan sesuatu.

Dalam erti kata lain sebenarnya saya ingin memperkatakan soal keikhlasan dalam kita melaksanakan tanggungjawab yang telah dipikul seseorang. Perkara baru saya dapat sekarang adalah keikhlasan kita untuk melaksanakan tanggungjawab.

Saya berkata bukanlah hanya cakap kosong sahaja. Saya berkata berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saya telah lalui sepanjang bergelar seorang pelajar dan bakal guru. Perkara penting dalam hidup kita jika kita hendak mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t adalah melalui keikhlasan hati kita. Jika kita melakukan sesuatu perkara kerana terpaksa, betulkanlah niat masing-masing bahawa " Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengikhlasan hati aku dalam melaksanakan tanggungjawab aku".

Walaupun keikhlasan itu tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata, namun hati kita dapat merasakan sendiri kejujuran dan keikhlasan kita. Hari ini saya belajar untuk mengikhlaskan hati dalam melaksakan tanggungjawab. Kadang-kadang kita selalu menuding jari kepada orang lain jika berlaku kemusykilan dan keraguan. Tapi hakikatnya cuba kita bayangkan jika orang menuding jari terhadap kita. Adakah kita akan selesa?? sudah tentu tidak...

Hari ini juga aku belajar supaya tidak menuding jari terhadap orang lain sedangkan kesalahan itu terletak pada bahu kita sendiri. Kenapa tidak kita cermin diri kita terlebih dahulu, sebelum kita menyalahkan orang lain. Mungkin perkara ini amat susah untuk dibendung oleh setiap orang. Saya sendiri pun kadang-kadang akan melakukan perkara yang sama. Tapi, kita sama-sama merenung kembali masa-masa lalu yang mana kita telah banyak melakukan kesilapan.


Hari ini juga saya belajar untuk cuba menyalahkan diri sendiri dahulu sebelum kita menyalahkan orang lain. Mungkin kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu adalah salah kerana semua orang akan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul. Tapi, hakikatnya.. renung-renungkanlah,..

Walaupun kita mempunyai tanggngjawab dan amanah yang banyak pun, kita perlu juga ikhlaskan hati kita. Insyaallah jika kita ikhlas semua yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Dalam erti kata lain juga, hakikatnya saya sudah mendapatkan bukti dalan kehidupan saya jika saya ikhlas melakukan sesuatu perkara dan berusaha untuk mencapainya.. Buktinya adalah pointer saya sem lepas telah meningkat jika hendak dibandingkan dengan sem yang dulu. Kalau dulu saya sentiasa berada paling bawah sekali dalam kumpulan disscusion saya tapi kali ini saya tidak lagi berada di tangga yang bawah sekali.. Namun, saya tidak boleh berpatah semangat dan saya akan terus berjuang untuk mendapat pointer yang lebih tinggi dan akan kalahkan "Waniey" .huhu.. (jangan marah taw Wanie berjuag untuk dapat yang lebih baik xpe kan.."

No comments: