25 January 2010

..::KETENTERAMAN::..



assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana saya masih bernafaz di bumi Allah ini dan berkesempatan untuk saya menulis sedikit coretan dan luahan hati..

entry kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ketenteraman dalam diri kita iaitu dalam kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi. saya tahu saya hanyalah seorang insan yang lemah, banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu saya perbaiki dalam diri ini. saya tahu saya tidaklah sehebat mana jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang berada di IPG dan rakan yang berada di IPT.. namun apalah kudrat saya untuk memuaskan hati semua pihak yang berada di sekeliling saya. saya hanya mampu lakukan apa terdaya dilakukan oleh saya.

saya percaya, tidak ada manusia di dunia ini yang tidak pernah mempunyai masalah.. saya juga akui bahawa kadang-kadang jika kita mempunyai masalah mungkin hati kita tidak akan tenteram.. saya sendiri dapat merasakan keadaan itu sendiri dan kadang-kadang jika emosi saya tidak terkawal saya rasa macam nak menjerit sekuat hati.. (Arghhhhhhhhh.....) tapi, apalah daya saya, saya hanya mampu untuk menangis sahaja.. tapi kalau dah tak tahan sangat semua orang yang ada kat sekeliling saya akan marah..( x baik buat macam ni... jangan ikut,he3)..kita hanyalah manusia biasa. sebenarnya Allah sangat menyayangi hamba-hambanya yang tabah dan kuat menghadapi semua ujian.

saya terfikir macam mana kita hendak mendapatkan ketenteraman dalam hidup ini. sudah sedia maklum bahawa dalam kehidupan kita ini pelbagai jenis orang yang kita jumpa tidak kira antara tua dan muda, semuanya mempunyai pendiridan dan sikap yang tersendiri. kita hanya mampu menerima semua sikap dan tingkah laku manusia yang berada di sekeliling kita. sudah sedia maklum juga perasaan iri hati itu kadang-kadang muncul dalam diri mereka yang saya rasakan perasaan "iri hati" ini adalah merupakan penyakit yang sangat bahaya jika terkena pada sesiapa pun. tidak kira sama iri hati dalam pelajaran atau lain-lain. banyak aspek yang boleh kita bincangkan jika cakap mengenai iri hati ini.. saya pun kadang-kadang tak faham macam mana perasaan ini boleh muncul pada sesiapa sahaja.. kita hanya mampu berserah sahaja jika penyakit itu ada pada kawan-kawan di sekeliling kita..

rasanya cukup setakat itu sahajalah yang ingin dikongsikan..

salam ukhwah dari saya..

No comments: