31 January 2011

DUHAI HATI

assalamualaikum.. w.bt

Di pagi yang hening, saat ayam berkokok dan hujan rintik-rintik turun membasahi bumi, saat sebahgian manusia masih lena dibuai mimpi.. jari jemariku giat menekan papan keyboard untuk menulis sesuatu yang aku rasa ingin diluahkan.. seminggu cuti sempena Tahun Baru Cina akn aku manfaatkan dengan sebaiknya.. menghabiskan sisa-sisa kerja yang terbengkalai semasa IPG dan meluangkan masa bersama family serta cuba untuk menaikkan semangat yang kian runtuh dilanda ribut..

Wahai Hati!! Tabahlah dikau mengharungi ranjau dan duri yang berada di hadapan matamu.. Kuatkan hati menerima segala tohmahan dan hinaan daripada orang disekelilingMU.. Duhai Hati.. andai engkau jatuh dan lemah.. Ingatlah bahawasanya dikau masih ada lagi sahabat dan sahabiah yang masih sayangkan DiriMu.. WAhai Hati.. walaupun dikau kadang-kadang tidak Kuat menempuh segala cubaan dan tanggungjawab yang diamanahkan.. ingatlah bahawasanya Allah sangat menyayangi diriMu..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah:286)


Sejak akhir-akhir ini... emosi diri semakin tidak stabil.. mampukah aku bertahan mengharungi semuanya.. Tidak pernah rasa selemah ini.. mungkin Allah sedang menguji diriku sejauh mana kemampuan dan kekuatanku untuk mengharungi segalanya dengan tabah. keadaan diri antra dulu dan sekarang adalah sangat berbeza.. Saat melihat sahabat-sahabat ketawa riang, terfikir sejenak di kepalaku "seronoknya menjadi mereka " Tapi, itu adalah mereka bukan "AKU".. aku adalah berbeza dengan mereka... tanggungjawab yang besar menanti diriku.. aku perlu jalankan tanggungjawab tersebut, miskipun banyak dugaan, namun aku harus tabah kerana aku masih ada ALLAH yang Esa. Terus dan terus mempnyai kebergantungan terhadap ALLAH.

WALLAHUALAM

P/S : SEKADAR MELUAHKAN RASA, TIDAK ADA KENA MENGANA DENGAN SESIAPA PUN..

06 January 2011

.:: SEMESTER BARU:..

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah semester baru untuk semester ke5 bagi tahun ke-3 sudah pun bermula.. Semester kali ini ada 6 subjek semuanya.. insyaallah dengan kedatangan semester baru ni, pasti ada azam baru yang ditanam diri.. insyaallah akan menjalankan segala tanggungjawan dam amanah dengan sebaik mungkin. semsetr perlu lebih rajin lagi supaya pointer tidak jtuh mcam semester lepas.huhu..

Hari selasa yang lalu, baru sahaja dapat keputusan peperiksaan semester yang lepas, agak kecewa sedikit sebab pointer jatuh daripada semester yang sebelumnya.. walaupun jatuh, alhamdulillah setimpal dengan usaha yang dilakukan dan tahap kemampuan yang telah dilakukan.. jadi, tidaklah begitu kecewa sangat sebab semester lepas memang baca buku last2 minute. tapi, insyaallah semseter ini akan cuba yang terbaik. semester ni pulak akan berpraktikum insyallah di Sekolah Methodist ACS, Ipoh.. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. amin...

Buka semsetr sahaja dah ada meeting.. huhu.. kena terima semua cabaran ini.. walau sesibuk mana pun kita tanggungjawab kita pada Allah dan Islam jangan diabaikan. segala tanggungjawab dan amanah tersebut akan kita jawab di akhirat nanti.. selagi mana mampu melakukannya, kita perlu buat yang termampu dan terbaik.

p/s: teringat family di kampung halaman.. walaupun kita berbeza, tapi saya sayang kamu semua..