31 January 2011

DUHAI HATI

assalamualaikum.. w.bt

Di pagi yang hening, saat ayam berkokok dan hujan rintik-rintik turun membasahi bumi, saat sebahgian manusia masih lena dibuai mimpi.. jari jemariku giat menekan papan keyboard untuk menulis sesuatu yang aku rasa ingin diluahkan.. seminggu cuti sempena Tahun Baru Cina akn aku manfaatkan dengan sebaiknya.. menghabiskan sisa-sisa kerja yang terbengkalai semasa IPG dan meluangkan masa bersama family serta cuba untuk menaikkan semangat yang kian runtuh dilanda ribut..

Wahai Hati!! Tabahlah dikau mengharungi ranjau dan duri yang berada di hadapan matamu.. Kuatkan hati menerima segala tohmahan dan hinaan daripada orang disekelilingMU.. Duhai Hati.. andai engkau jatuh dan lemah.. Ingatlah bahawasanya dikau masih ada lagi sahabat dan sahabiah yang masih sayangkan DiriMu.. WAhai Hati.. walaupun dikau kadang-kadang tidak Kuat menempuh segala cubaan dan tanggungjawab yang diamanahkan.. ingatlah bahawasanya Allah sangat menyayangi diriMu..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah:286)


Sejak akhir-akhir ini... emosi diri semakin tidak stabil.. mampukah aku bertahan mengharungi semuanya.. Tidak pernah rasa selemah ini.. mungkin Allah sedang menguji diriku sejauh mana kemampuan dan kekuatanku untuk mengharungi segalanya dengan tabah. keadaan diri antra dulu dan sekarang adalah sangat berbeza.. Saat melihat sahabat-sahabat ketawa riang, terfikir sejenak di kepalaku "seronoknya menjadi mereka " Tapi, itu adalah mereka bukan "AKU".. aku adalah berbeza dengan mereka... tanggungjawab yang besar menanti diriku.. aku perlu jalankan tanggungjawab tersebut, miskipun banyak dugaan, namun aku harus tabah kerana aku masih ada ALLAH yang Esa. Terus dan terus mempnyai kebergantungan terhadap ALLAH.

WALLAHUALAM

P/S : SEKADAR MELUAHKAN RASA, TIDAK ADA KENA MENGANA DENGAN SESIAPA PUN..

No comments: