16 October 2009

SEBUAH KEHIDUPAN...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya Allah memberi saya kesihatan dan umur yang panjang untuk saya berkesempatan menulis sedikit coretan di dalam blog saya.
Mintak maaf kepada semua kerana baru sahaja berkeempatan untuk mengupdate blog saya ini.huhu.. biasa la agak malas nak 2lis sesuatu..hehe tapi sekarang saya ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama.. macam dalam tajuk kt atas 2..huhu..

Setiap manusia mempunyai kehidupan masing-masing. ada yang gembira, sedih dan macam-macam lagi. namun tidak semua manusia kehidupannya mengembirakan. macam mane nak dapat kehidupan yang menggembirakan ye?? semua orang mengimpikan kehidupan yang menggembirakan iaitu kehidupan yang tiada kesedihan, tida kedukaan, tiada kepahitan. Tapi, kita semua hanyalah insan biasa dan seorang hamba Allah yang tidak pernah lepas daripada dugaan yang mendatang dalam kehidupan kita.

Kadang-kadang kita terpaksa menelan kepahitan dalam kehidupan kita.. bila diimbas kembali kehidupan kita yang dulu, mungkin banyak perkara yang kita rasekan bahawa dunia ini tidak lepas dari ujian Allah s.w.t. keluarga?? sahabat?? kadang-kadang semuanya ada masalah.. tapi bila difikirkan kembali.. kehidupan kita banyak dengan sahabat-sahabat. daripada sekolah rendah hinggalah sekolah menengah dan sekarang sudah melangkah ke alam university.. kita banyak luangkan masa bersama sahabat-sahabat.. maka, dengan itu sudah tentulah masalah banyak berpunca daripada sahabat-sahabat. mungkin bagi sesetengah orang masalah banyak berpunca daripada keluarga.. tapi semuanya terpulang pada masing-masing.


Sabda rasulullah s.a.w :

“ Tidak sempurna iman seseorang muslim itu. Sekiranya kamu tidak tidak mengasihi saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri kamu sendiri”
Apa yang penting dalam persahabatan adalah keikhlasan dan kejujuran..

SEBUAH PERTEMUAN..

Ketika diri mencari sinar,
Secebis cahaya menerangi laluan,
Ada kalanya langkahku tersasar,
Tersungkur dilembah kegelapan,

Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan,
Kehadiranmu menyentuh kalbu,

Menyalakan obor pengharapan,
Tikaku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan,
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatnya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus kebahagiaan menjadi ikatan
Dengan restu kasihmu oh Tuhan

Titisan air mata,
Menyubur cinta dan rindu pun berbunga,
Mekar tidak pernah layu, damainya hati yang duluu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan mengharum dalam harapan.
Moga kan ksesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina.

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan,
Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan

Syukur sugguh dihati dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatinya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai, kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihmu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati
Seorang insan bernama teman.

No comments: