14 August 2009

AURAT WANITA

AURAT WANITA

1.Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2. Kaki (tumit kaki)
" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan "
An-Nur 31

a) menampakkan kaki
b) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan
kaki

3. Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

4. Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur 31

5. Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim

6. Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu "

a) bersolek (make-up)
b) menurut Maqatil Sengaja membiarkan ikatan tudung
yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7. Muka dan Tangan
" Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah “
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8. Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9. Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
An Nur 31

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan
yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak
dibenarkan "
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi

10. Mulut (suara)
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara shingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan perkataan yang baik "
Al Ahzab 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi "
Riwayat Ibn Majah

11. Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) "
An Nur 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak
berzina) dan menta'ati suaminya
,maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya
bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah

12. Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan,maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan dihari akhirat nanti"
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim
a) Berpakaian tipis / jarang
b) Berpakaian ketat / membentuk
c) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian
tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu,
anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan
loggar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali
lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang "
Al Ahzab 59

13. Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya
dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

14. " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan
mentaati suaminya, segala makhluk, burung yang
terbang, ikan di laut, malaikat di langit matahari dan
bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

12 August 2009

MUAL????

Duniaku, Jauh dari pandanganmu...



Lewat teori retorika para daie, saya jadi Mual.

Mual pada -konon- Pengubah Dunia kepada satu Utopia syar'ie. Sedang mutabaah mereka lompong di sebukkan agenda rejuvernasi bumi yang tak sudah-sudah. Pastinya, khilafah hanyalah seperti melihat oasis di padang pasir. Saya juga rasa jelik. Jelik pada daie yang terlebih mufti,yang bagai mengerti siapa penghuni syurga neraka. Pada niat kudus mereka, mereka mendobrak jahanamkan agama kita, menyempitkan lorong-lorong serakan hidayah dari langit.


"Enti tak rasa ke yang enti tu bakal penghuni neraka?"
"Api neraka dah terlalu menggelegak nak sambar rambut enti tu"


Mungkin akibat berasa diri itu "terlalu suci" sampai nampak tanda-tanda penduduk neraka pada insan lain.
Apakah terlalu sulit untuk mempelajari seni dakwah?.


Saya juga jemu,
Jemu pada golongan -konon- "Thiqah". Zahirnya terpelihara pandangan matanya dari fitnah-fitnah dunia dengan tunduk patuh pada syariat langit, tetapi bila bertemu skrin komputer mahupun television, segalanya santapan mata. Laman komuniti apa? Friendster? myspace? facebook?, semua layan. Si jejaka alim berkopiah dengan pencarian wanita thiqahnya untuk di buat -konon- sayap kiri perjuangan dalam dakwahnya. Si muslimah ayu bertudung litup menyapu lantai tekun membalas mesej pemuda-pemuda dakwah idamannya. Thiqah apa namanya tu?

fenomena overseas.
seorang wanita melayu, pabila menaiki train atau bas, ada seat kosong sebelah lelaki melayu, tapi tak mahu duduk, katanya untuk menjaga ke-thiqah-annya. "Saya lagi rela berdiri walau apa jua keadaan". Tetapi, jika terdapat seat kosong sebelah mat salleh ataupun pak arab , bagai cahaya, dialah pemenang merebut kerusi.Thiqah kah? itu bukan Thiqah, itu namanya RACIST!

Seorang lelaki melayu, dalam perjalanan sebatang jalan, bertembung pula dengan pelajar perempuan melayu walau jarak 10 meter kehadapan, dengan penuh kesanggupan serta kemachoan dan lagak wara'nya melintas keseberang jalan semata-mata untuk tidak bertembung dengan perempuan melayu.Katanya hendak menjaga Thiqah, tapi itukah yang diajarkan nabi? kenapa tidak berbuat demikian kepada wanita-wanita arab mahupun eropah. Dengan selamba bertembung sambil meninjau-ninjau ukur lilit tubuh menarik. Itupun namanya Racist campur Miang.

ada lagi,
seorang Ukhti, mulut kelu terkunci bertemu seorang Syabab. Kalau bercakap, terkenang pengalaman di Kisas, liqa' albab namanya. berbicara di sebalik pintu tanpa mengenal si pemilik suara.Thiqah katanya. Tapi bila berbunyi Sms masuk, bukan main ligat. Itu bukan thiqah, tapi Malu. Ganjilnya, bila di telefon , bersayang-sayang, tak tahu pula malu.

apa yang mereka faham tentang thiqah dan ikhtilat sebenarnya? Sedang para sahabat utusan Allah pun sanggup mempelawa isteri nabi menaiki unta. Lalu, apakah yang terlalu membuatkan kita menjadi sebegini?Berpaling muka bila bertemu sambil melontarkan muka masam.Apa yang hendak dijaga sebenarnya?.

Saya juga menyampah.
Menyampah dengan Aktivis jemaah yang sempit ruang lingkup pemikirannya.Juga yang tidak reti-reti bertolak ansur tentang Taadud jemaah.Kenapa tidak dalam terbenih dalam benak pemikirann mereka akan keperluan kepelbagaian jemaah yang berjuang pada wasilah-wasilah yang pelbagai. Sedang mereka sebenarnya melengkapkan antara satu sama lain, Cuba perhatikan pada PAS yang bagi saya sudah menombor-dua-kan Tarbiah dan terlalu meletakkan politik kepimpinan sebagai prioriti utama, maka wujudlah ISMA juga JIM sebagai jemaah Tarbiah yang mengisi lompang-lompang pada PAS. Juga, jika ISMA dan JIM merupakan jemaah tarbiah yang menyasarkan kepada golongan intelek sahaja.Maka siapa pula yang bertanggungjawab kepada pakcik-pakcik tua serta tukang sapu mahupun pengutip sampah dan juga buruh Indonesia? Di sini barulah kita nampak peranan Jemaah Tabligh dalam menyampaikan kesedaran agama kepada mereka.

Begitu juga dengan kehadiran Hizbut tahrir, Wamy, Pks dan lain-lain.
Kenapa tidak nampak pada Manfaat yang luas itu?

Saya bertambah bosan melihat pergaduhan perbalahan tak berkesudahan antara jemaah-jemaah Islam, saling tuduh menuduh, mengatakan Si jemaah A agen yahudi untuk memecah-belahkan ummat Islam , Si Jemaah B pula ingin memegang tampuk kekuasaan di kawasan C. Mungkin kerana masing-masing dengan gahnya mengatakan MANHAJ jemaah kamilah yang ter"SYUMUL", maka tertolaklah segala jemaah yang terwujud atas mukabumi ini.Mereka yang saya kira buta tidak dapat melihat permasalahan dasar ummah kini iaitu " memberi kesedaran beragama" dan "bertanggungjawab pada agama".

Butakah mereka pada ragam ummah?
adakah telah sampai masanya Islam mencapai ustaziatul alam?. Sedangkan Hedonisme masih menguasai pemuda seusia saya. Jangan cuba mempamerkan fatamorgana pada ummah dengan laungan-laungan Revolusi Islam pada masa terdekat ini pada LUMPUHNYA program Tarbiyah. Pastinya, golongan bawahan seperti saya terus musnah.

kenapa tidak dapat bertolak ansur pada kekhilafan dan cuba sedaya upaya bekerjasama pada yang telah disepakatkan?

Mungkin taadud jemaah ini melambatkan kebangkitan Islam kerana terpecah seleraknya tanpa kesatuan menjadi alasan. Adakah kebangkitan itu mampu terjalan tanpa bermulanya kesedaran?Adakah terlalu susah untuk mengikuti marhalah-marhalah yang ditetapkan?.Pembentukan bata-bata khilafah yang terdasar semakin punah pada rakusnya nafsu untuk memegang tampuk kepimpinan. Adakah mereka lupa kegagalan Parti Refah di Turki?, akibat terlalu tergesa-gesa melaksanakan hukum Tuhan, mereka tumbang bawah telapak kaki sekular.


Saya juga semakin Rimas.
Rimas dengan golongan Agamawan berlainan ideologi mazhab pemikiran. Bila berbalah perkara yang tidak memberikan langsung faedah terhadap ummat Islam. Cukuplah dengan perbalahan salafiah/wahabiah dengan Khalafiah ,di tambah dengan Ahbash juga syiah. Apakah dengan pentakwilan sifat Tuhan memberikan kemenangan mutlak umat Islam? atau hanya dengan membidaahkan pentakwilan itu musuh-musuh Islam akan jatuh kecut berlari terpusu-pusu ketakutan? Belum lagi mazhab akidah Syiah yang aktif mencaci para Sahabat ,membongkar maqam para Isteri Nabi dengan arahan ulama mujtahid mereka.

Jangankan Ulama yang menyusahkan Ummat!.

bukan saya Ahlinya membincangkan tentang ini, Cuma ini adalah yang masalah terpapar pada skrin alam yang terbentang. Jika berterusan, manakah titik pengakhiran? Lupakah mereka pada ini,

"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah"
(Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)



Dan akhirnya,
saya jadi musykil, apakah teramat susah memahami Islam?...

Juga saya rasa sedih,
Sedih tak mampu berbuat apa-apa.




4 Julai 2009
Bait Intifadha, Shari' Siddiq
Mansurah

Dikirim oleh elbaihaqi pada July 06 2009 03:48:02
dipetik dari Islam4peace.net

11 August 2009

SEMALU=WANITA

SeMaLu = wAnItA

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang
pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan......


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah
gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait
rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para
wanita hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu
tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang
yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul 'Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia
hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

SALING MEMAHAMI.. SENANG KE??

SALING MEMAHAMI.. SENANG KE???

“BIARLAH ORANG TIDAK DAPAT TERIMA SIKAP KITA, TAPI KITA PERLULAH BELAJAR MENERIMA SIKAP ORANG”. Perkataan ini merupakan perkataan yang baru je aku wat ketika masalah dalaman melanda pemikiran aku.. Mse ni barulah aku tahu betapa susahnya untuk kita menerima sikap seseorang. Betullah bak kata pepapatah “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Opss.. tp ini bukn berkenaan soal hati dan perasaan terhadap seseorang ek.

Barulah aku tahu kalo kita tak kenal seseorang secara mendalam dan belum memahami sikap seseorang tue.. mungkin kita tidak tahu ape kekurangan dan kelebihan seseorang itu.. walaupun orang tue rapat dengan kita sekalipun, kadang-kadang bila tersilap kata dan langkah mungkin buruk padahnya. Tapi betullah sebenarnya orang kata, orang yang kita betul-betul rapat tulah yang perlu kita sayang dan jaga hatinya. Kadang-kadanag ape yang kita rase betul mungkin ada ketika benda yang kita buat tue tak betul di mata dan pandangan orang lain terhadap kita.

Oleh itu kesimpulannya ape ek? Aku cube hendak memegang kata-kata ini iaitu aku perlu menerima sikap orang di sekeliling kita seadanya dan biarkan sahaja jika orang tidak dapat menerima sikap kita tapi kita juga perlu mengubah sikap kita sendiri supaya kita dapat menjadi seorang yang lebih baik dan supaya orang dapat menerima kita seadanya. Kita tidak boleh mengubah seseorang kecuali diri kita sendiri yang dapat mengubahnya.

01 August 2009

CINTA ANTA &ANTI

DI PETIK DARI MAJALAH I,KELUARAN FEBRUARI 2006,OLEH USTAZ MASZLEE MALIK...

'CINTA ANTA & ANTI...'


Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta ukhwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untukmenjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham ukhwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan
golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku
bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "ukhwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Wallahu'alam..