28 May 2009

WANITA.... BAHAGIAKAH ANDA?

<

Setiap manusia inginkan kebahagiaan mahupun di dunia atau pun di akhirat. Namun, tidak semua manusia dapat mencapai kebahagiaan yang nyata. Kebahagiaan akan dapat dicapai bagi mereka yang betul2 mahu mencapai nikmat tersebut dan sentiasa mensyukuri dengan setiap kejadian ilahi, sentiasa mentaati suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu, adakah anda semua bahagia dengan kehidupan anda sekarang?? Adakah anda bahagia dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. fikir-fikirkanlah wahai saudaraku sekalian..

Jika ditanya pada diriku, aku merasakan hidup ini akan lebih bahagia dan tenang disamping Ilahi. Namun, aku hanyalah insan yang lemah dan tidak sesempurna seperti wanita muslimah yang sejati iaitu Aisyah r.a, siti KHadijah dan Fatimah r.a. Aku mengaku diri ini banyak melakukan khilaf dan amat sukar diri ini untuk mempertahankan diri dari godaan syaitan durjana dan pengaruh dari rakan-rakan. Namun, aku akan cekalkan hati dan akan fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan yang paling penting aku akan ingat Allah s.w.t jika hendak melakukan sesuatu perkara. Insyaallah aku akan teguhkan akidahku dan jaga pergaulanku dengan lelaki yang bukan mahram.

Setiap insan inginkan kebahagiaan… namun aku?? Di mana letaknya kebahagiaan aku. Kebahagiaan aku sebenarnya adalah terletak pada keluarga aku yang amat menyayangi aku, Mak yang telah mengandung dan melahirkan dan aku, abah, abang dan kakak, rakan-rakan yang amat menyayangiku dan yang paling penting hati aku amat bahagia sekali jika mengingati pencipta yang maha agung, Allah s.w.t.
Aku?? Adakah aku bahagia jika mencintai seorang lelaki?? Mungkin aku akan bahagia jika mencintai seorang lelaki yang hanya mencintai Tuhan yang paling agung, Allah s.w.t. mungkin aku juga akan bahagia jika hanya mencintai suamiku kelak. Tetapi kebahagiaan seorang bukanlah terletak pada cintanya seorang lelaki. Mungkin sesetengah wanita akan bahagia jika dirinya dicintai oleh seorang lelaki. Namun aku, aku merasakan hidup ini tidak akan sempurna dan bahagia jika aku terlampau taksub untuk mencintai seorang lelaki yang bukan mahram.

Jodoh, ajal pertemuan semua di tangan Tuhan. Aku meletakkan semua ketentuan dan jodohku hanya pada Tuhan. Semua manusia dijadikan berpasang-pasangan. Tidak semestinya wanita yang sudah lanjut usia tidak mempunyai jodoh dan kebahagiaan. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Jadilah wanita yang duduk di dalam kaca. Tiada seorang lelaki pun yang berani menyentuh wanita tersebut. Jadilah sebaik-baik wanita di dunia ini.

Kebahagiaan seorang wanita bukan terletak pada cinta seorang lelaki yang bukan mahram. Kebahagiaan seorang wanita akan dapat dinikmati jika dia menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan memelihara maruahnya. Menurut hadis Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang perempuan taat kepada Tuhannya, mendidirkan sembahyang yang lima dan memelihara maruahnya, maka ia akan masuk syurga”

Kebahagiaan wanita juga bukan terletak pada hartanya sahaja. Janganlah kita mengejar duniawi dan kekayaan semata-mata. Banyakkanlah hari-hari kita dengan penuh kesyukuran terhadap ciptaan Ilahi dan banyakkanlah ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, wahai saudari-saudariku marilah kita sama-sama melaksanakan amalan-amalan yang agung itu supaya kita sama-sama dapat menemui Tuhan Yang Maha Pemurah. Marilah kita sama-sama berjalan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w, nescaya kita akan sama-sama menjadi muslimah yang sejati.

No comments: