29 December 2012

BERCUTI..

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah setelah lama bercuti tanam anggur dan menghabiskan beras di rumah, akhirnya dapat jugak jalan-jalan di Port Dickson dan Melaka. Itu pun sebab pergi ke majlis kawan baik. Dah alang-alang sampai PD, tu yang pergi Melaka terus sebab dah lama sangat tak pergi sana. Sampai je Melaka Ya Allah rasa macam sesak nafas sebab jalan jem. Tak tahulah apa yang orang cari kat Melaka ni sampai setiap kali cuti mesti jalan jem.. Tak ada la best mana pun seebnarnya tapi saje seronok berjalan n bawak anak buah yang bernama HUSNA tu je.. Sedikit photo bercuti di Melaka dan PD:



Kenangan di rumah cik Lisa (he3)

Burung oh burung 

 Tak tahu binatang apa. Macam kuda tapi lagi comel..hihi

 Tapir



Gambar di rumah Sang Kancil


Acu Kembar bersama anak buah kesayangan

15 December 2012

SUKARNYA MENCARI TEMAN HIDUP

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah sudah hampir sebulan aku menamatkan pengajian di IPG kampus Ipoh. Pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang 5 tahun setengah berada di sana. Pengalaman bersama rakan-rakan usrah dan adik-adik usrah memberikan aku satu pengalaman yang banyak mengubah cara hidup aku. Bersyukur ditempatkan di bumi Ipoh dan bakal menjadi guru suatu hari nanti. Bukan senang diri ini menerima hakikat menjadi seorang pendidik, Seakan tidak percaya diri ini bakal menjadi seorang pendidik yang akan mendidik anak bangsa dari semua aspek bukan sahaja dari segi pelajaran malah penerapan akhlak dan nilai agama juga penting untuk diterapkan kepada anak-anak murid kita.

Teringat lagi mula-mula nak masuk IPG dulu. Sebelum melangkah masuk ke IPG aku telah mendaftarkan diri di UiTM segamat dalam bidang pengurusan bank. Kalau ikutkan memang hatiku berat ingin meninggalkan UiTM kerana begitu sayang dengan kos yang diambil dan terlalu berminat dengan bidang pengiraan. Namun, setelah berada di IPG, baru aku tahu bahawa ada sebabnya Allah meletakkan diriku di sana. Allah lebih mengtahui apa yang terbaik. Bersyukur atas kurniaan Allah. Jika aku tidak berada di sana belum tentu diri ini dapat bersama-sama dengan sahabat lain berada dalam jalan dakwah ini. Walaupun kadang-kadang berasa sukar untuk mengharungi liku-liku apabila sudah berada di jalan ini. Tapi aku tak pernah menyesal dan sentiasa gembira berada di jalan ini. Alhamdulillah Ya allah bersyukur sangat2.

Panjang lebar dah mukaddimah tentang kehidupanku. Baru nak fokus kepada tajuk pulak. Semenjak ramai kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga ini baru aku tersedar yang aku sudah semakin dewasa dan semakin tua dan boleh kahwin pun. Ye la.. bukan senang untuk mencari yang terbaik. Bukanlah terlalu memilih tetapi cukup sekadar seorang teman yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik dan sentiasa menjaga agamanya. Namun, bukan senang nak cari teman sebaik itu. Jodoh tue telah ditentukan oleh Allah. Kita berhak berusaha untuk mencari yang terbaik. Kalau kita nak cari teman yang soleh atau solehah, kita kenalah jadi soleh atau solehah dulu. "Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik" Perbaiki diri dulu, barulah boleh dapat teman hidup yang baik.

Bukan senang untuk menjadi yang terbaik untuk memilih teman hidup yang terbaik. Siapa kita untuk menolak takdir jika jodoh itu telah ditentukan oleh Allah. Kita hanya mampu berdoa mendapat jodoh yang baik yang cintanya kepada manusia tidak dapat menandingi cintanya terhadap Allah dan Rasul. Bila bercakap pasal jodoh masing-masing akan berdebar  Jodoh itu  akan datang bila tiba masanya. Namun, itu tak bermakna kita tak perlu berusaha untuk mencari pilihan hati kita. Doa itu senjata orang mukmin dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk diri kita.