23 September 2010

DEBARAN DAN KEHANGATANNYA KIAN TERASA


INGINKAN PERUBAHAN??
UNDILAH DENGAN BIJAKSANA...
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....

Renungilah:...
" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat"
( Surah An-Nisa:58)


Berdebar menunggu saatnya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Ameen...

05 September 2010

.::KASIH SEORANG IBU YANG DITOLAK:..


ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Hari ini merupakan hari ke-26 kita berpuasa.. sedar je dah nk dekat sebulan kita berpuasa kn?.. Rase sayu dan sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Belum tentu kita akan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.

Hari ini saya ada cerita yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Semalam mak saya pergi masjid sebab da program solat sunat dhuha dengan solat sunat tasbih oleh Ust. Asyraf. balik 2 mak da cerita tentang sesuatu yang diceritakan oleh Ustaz yang kita boleh ambil iktibar daripada cerita tersebut. Ustaz cerita beberapa hari yang lalu ketika dalam perjalanan beliau ke masjid untuk berbuka puasa. beliau terserempak dengan seorang Mak Cik yang sudah agak lanjut usianya di sebuah perhentian bas. Makcik tersebut kelihatan sangat sedih dan menangis teresak-esak..Berikut dialog ustaz dengan Makcik tersebut :

ustaz :Assalamualaikum Makcik..

Mak Cik : Waalaikumsalam nak.

ustaz :mm..makcik buat apa sorang2 kat sini kenapa Makcik
Menangis ni..

Makcik :Huhu...terima kasih la nak. Mak Cik mai dari rumah anak
Mak Cik kat Kuala Selangor, Mak Cik mai jauh dari
Kedah ni.. Mak cik punyalah seronok nak mai jumpa
ngan Anak ngan cucu Makcik. Mai2 ja.. ada ka dia tak
bagi Mak cik masuk rumah. Dia halau Mak cik lagi ada
la... Ni.. Mak cik xtaw nak pi mana dah ni.. Mak cik
sedih anak Mak cik wat macam 2 kat makcik.

(loghat kedah sambil mengangis teresas-esak)
Ustaz :Sabar ye Mak Cik.. xpe la kalo macam 2 saya nak pergi
buka puasa kat masjid ni..mai la ikut saya sekali..
Nanti besok saya akan uruskan hal Mak cik.

Mak cik : Ya Allah.. terima kasih la nak.. Hanya Allah je yang dapat
balas budi Anak ni..

Selepas itu, ustaz pun bawa Mak cik tersebut ke masjid untuk berbuka puasa.. selepas selepas solat terawikh ustaz telah menumpangkan Mak Cik tersebut di rumah kawannya dan berjanji akan menguruskan hal Mak cik itu pada esok hari..
(Lebih kurang macam 2 la kot dialognya)




Pada akhir zaman ni.. banyak perkara yang kita tidak jangka akan berlaku. saya ingatkan di kawasan bandar macam K.Lumpur je berlaku perkara yang macam ni.. Tapi, rupa-rupanya kawasan luar bandar di tempat saya ni pun sudah ada perkara yang macam ni berlaku.. Mak selalu ingatkan kami supaya jangan lupakan Mak dan Abah bila dah berjaya nanti. sedih bila Mak cakap " nanti kang korang dah besar anta mak n abah kat rumah kebajikan lak. ye la... mak n abah nanti kan dah tua.. xda sape yang nak jage dah"..huhu saya pun jawab " ish mak ni apa la cakap mak macam 2.. insyaallah anak mak sume xkan buat macam 2"

Bila teringat pengorbanan mak dgn abah dulu.. rasa sangat2 la terharu.. Mak selalu cerita pengorbann abah nak besarkan kitorang anak beranak bukan satu perkara yang senang. Berkat usaha gigih abah mencari rezki untuk membesarkan kami supaya menjadikan kami seorang manusia yang berguna.. tanpa ketabahan dan kegigihan abah saya rasa keluarga kami tak senang macam sekarang. Bermula dengan kelurga yang susah sampai la sekarang. abah saya buknlah mempunyai kelulusan yang tinggi jika dibandingkan dengan orang lain. tapi berkat usaha gigih abah selama inilah yang telah membuahkan hasil sehingga sekarang.

waa... tibe2 rasa sedih lak..pelik jugak kan bila dapat tahu ada anak yang sanggup menghalau ibu bapa mereka.. bukankah syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu..

Ya Allah.. jauhkanlah aku dari sifat seperti anak Mak cik 2

" Semoga Allah memberi kesedaran danhidayah kepada Anak Makcik tersebut'

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"