30 September 2012

Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum w.b.t  

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t atas nikmat dan rahmat yang dberikan kepada hambamu ini. Pejam celik pejam celik lebih kurang dalam sebulan lebih sahaja diri ini akan berada di kampus tercinta. Rasa sayu dan sedih ingin meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama-sama susah dan senang. Tak tahu la kenapa hari ni rasa sayu dan sedih sekali bila teringat dah tak berapa lama lagi masa di sini.



Setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza. Selama hidup di muka bumi ni hampir 23 tahun bermacam-macam kerenah manusia yang dijumpai. Daripada manusia yang baik, sederhana, nakal, jahat dan mcam2 lagi. Namun, setiap manusia itu diuji dengan ujian dan cabaran yang berbeza. Kita tidak boleh mengubah seseorang itu melainkan dengan kehendak diri individu tersebut dan hanya diri mereka sahaja yang boleh mengubah. Kita sebagai manusia yang berada di sekelilingnya harus melalukan yang terbaik  dan berdoa supaya mereka dapat berubah kepada yang lebih baik.

Dalam kehidupan kita ini juga, kadang-kadang kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. kita dah cuba semampu yang mungkin tetapi apa yang diharapkan kadang-kadang kita tak dapat nak kecapi. Walau macam mana pun kita bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin diri kita cuba nak buat yang terbaik dan cuba untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak, tapi kadang2 orang salah anggap dengan kita dan mula fikirkan perkara yang negatif terhadap diri kita. 


Perkara seperti ini mungkin sudah ramai yang terjadi  pada mereka yang sedang memikul tannggungjawab yang besar atau mungkin pada mereka yang bernama "MANUSIA". Setiap orang mempunyai kehidupan berbeza. Ada yang hidupnya suka untuk berhibur, ada beruang di jalan Allah dan ada orang hidup hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan mcam2 lagi. Walau macam mana pun hidup dalam perjuangan adalah merupakan hidup yang paling indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang berada di jalan itu sahaja yang dapat mengecapi nikmat tersebut.


Namun, tidak semua orang di dunia ini dipilh oleh Allah untuk berada di jalan tersebut. Mereka yang dipilih oleh Allah seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidk boleh mensia-siakan nikmat yang dikurniakan. Harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Jika tidak dapat memuaskan hati semua orang pun sekurang-kurangnya dapat puaskan hati kita di jalan Allah dan hanya kerana Allah.

" SEMOGA DIRI INI ISTIQAMAH PADA JALAN ALLAH"





28 September 2012

DEBAR

Asslamualakum w.b.t

Hidupn indah jika kita gembira dengan nikmat yang dikurniakan
Namun, setakat mana kegembiran itu jika ianya hanya sementara
Hidup di dunia bukan kekal abdadi
Carilah Redha Allah supaya kita kekal di sana nanti
Jangan mudah merasa lemah dengan cubaan duniawi
Resahlah jika engkau dapat habuan di akhirat
Carilah cinta Ilahi kerana ia akan kekal abadi
Jangan terlalu mudah meluahkan rasa
Kerana mulut tiada kejujuran
Mudahlah berkata dengan hati
Kerana Hati kita ikhlas dan jujur.
Perlukah kita merasa sedih
Atas segala ujian yang menimpa diri
Gembiralah dengan hati yang sentiasa telus, suci dan murni


p/s: Tak tahu la mengarut apa tengah-tengah malam ni.hihi...

19 September 2012

KESEDIHAN ATAS KELALAIAN SENDIRI

aSSalamulaikum w.b.t


Alhamhamdulillah AR akan sampai ke penghujungnya.. Alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya AR yang aku buat bakal disiapkan sepenuhnya. 


Dah lama rasanya aku tak rasa sesedih ni.. Hari ni hari yang aku rasa sedih sangat sebab aku telah buat satu perkara yang tidak sengaja dilakukan atas kelalaian diri aku sendiri. Mungkin ini ujian dan tarbiyah yang Allah ingin berikan kepada aku. 


Insyaallah.. aku boleh hadapinya dengan tabah. Allah Maha mengetahui dan membaca setiap isi hati hamba-hambanya.. Aku perlu hapadinya dengan tenang. Tak boloeh cepat gelabah atas setiap perkara yang berlaku dalam diri dan kehidupan kita. perkara yang berlaku pun adalah disebabkan kelalaian aku sendiri. aku tak boleh salahkan orang tersebut kerana kita tidak tahu sikap sebenar manusia tersebut. Dengar daripada mulut2 orang tidak mendatangkan hasil yang berfaedah kerana hanya Allah sahaja yang tahu kebenaran sesuatu perkara.


Walaupun dah lama aku tidak menghadapai dugaan yang sebegini.. Tapi hari ni aku dapat belajar sesuatu yang baru iaitu


1) Jangan cepat gelabah dan melatah apabila menerima sesuatu ujian dalam hidup kita sebab kadang2 Allah nak uji sebab kadang2 mungkin kita lalai.
2) Jangan mudah percayakan orang dan terima kata2 orang lain sebab kita tak tahu kebenarannya.
3) Jangan cepat rasa sedih sebab rezeki itu milik Allah.
4) Jangan letakkan pergantungan kita pada manusia tapi letakkan pergantungan kita hanya pada Allah s.w.t
5) Allah bagi ujian kat kita sebab Allah sayang kita.
6) Semakin kita diuji semakin kita akan jadi matang.
wasalam...


17 September 2012

KISAH KASEH..


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga aku bertungkus lumus menyiapkan Action Research yang dijangka akan dihantar kepada pensyarah penyelia esok mungkin.(bajet raji... konon nak siap. padahal??? huhu). Biasa la.. dalam dok sibuk2 menyiapkan AR ni kadang2 dalam masa yang sama pergi la tgk2 n baca2 blog orang lain jugak n facebook. Tak ada la rajin sangat sampai fokus terus kepada AR sampai isu-isu semasa pun tak tahu kan.. Pelajar cemerlang sungguh kalau dapat fokus mcam tue.. Apa-apa pun insyaallah aku kan buat yang terbaik untuk semester yang terakhir ni walaupun  CGPA tak mungkin blh kejar untuk dapat first class degree.. 


Tengah dok tension buat AR ni.. tiba2 rajin je tangan ni nak menaip dan aku tahu tempat yang paling syok sekali nk menaip dan meulahkan rasa di hati mestilah di blog ni.. Sebenarnya tak tahu pun nak luahkan apa pulak hari ni.. Cumanya aku cerita sikit tentang kawan-kawan yang berada di sekeliling aku ni.. Ye la.. bila dah semester akhir paham2 je la kan. Masing-masing mesti tengah sibuk dok cerita pasal k**w*n. Haa.. teka2 la sendiri apa dia perkataan tue kan. hehe
Gembira bila dengar kawan-kawan dah tak lama nak mengakhiri zamn bujang. Kadang-kadang ada juga rasa jeles.hehe.. tapi apa2 pun aku dah target bila aku akan melalui saat itu. Hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu.. Tak nak la cerita kat sini kan. Bab2 jodoh ni lebih baik kita serahkan kepada Allah sahaja. Kalau belum sampai jodoh nak buat mcm mana kan. (bukan ayat pasrah..hehe).


" Ketentuan jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Hanya tunggu masa dan waktunya sahaja untuk jodoh itu sampai kepada kita. Apa-apa pun doa adalah penting untuk kita mendapat jodoh yang terbaik di sisi Allah". Istikharah adalah penting untuk menentukan jodoh yang terbaik disisiNya"

T.kasih untuk hari ni..


WASSALAM..





15 September 2012

Gembiranya HATI..

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kehadarat Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di ruangan blog ini. Yang sudah sekian lama tidak dikemaskini dan diupdate.. Kebetulan hari ini rasa nk berbloging pulak. Bukannya tak banyak kerja. Ada berlambak kerja nk kena buat sebenarnya, tapi nak bila nk rilekskan otak mesti cari blog jugak nk luahkan sesuatu yang tersimpan dibenak fikiran.. Sekarang ni tengah sibuk2 menyiapkan Action Research yang aku rasa sesak nafas bila buat dan bila fikirkan hari pembentangan masa seminar nanti. Pening kepala dibuatnya.. Nak kata pening sangat tue tak la pening sangat pun sebenarnya.. Cuma mungkin jadi pening kepala dengan pelbagai pendapat dan pndangan orang lain tentang kajian yang dibuat.


Hati ni rasa gembira dan bahagia je bila menyiapkan kerja2 AR ni. (ayat pasrah...) Em.. nak tak nak kena la siapkan jugak sehingga terpaksa korbankan cuti 1 Malaysia semata-mata nak siapakan AR yang sangat disayangi oleh pelajar tahun akhir di seluruh IPG di Malaysia.. Orang semua dah balik kampung tinggallah dua sahabat yang setia yang ingin menyiapakn kerja AR kononnya.. Apa-apa pun minggu depan mesti balik punya dengan hati yang tenang walaupun kena bersedia pulak untuk hari pembentangan nanti.

Dah habis dah cerita pasal AR. Nak cerita pasal hati pulak.. Bila ek hati kita gembira?? Mesti orang akan cakap hati kita akan gembira bila :
1) Dah makan..
2) Kerja-kerja dah siap.
3) Balik kemapung.
4) Orang belanja makan.
5) Berkumpul dgn sahabat2.
6) Tidur.
7) Jalan-jalan cari makan..

dan mcam2 lagi.. Kalau nak listkan semua memang penuh la entry kali ni.. Nak ceritanya kat sini, kalau hati rasa gembira semua kerja kita akan buat dengan hati yang ikhlas dan gembira. Tapi kalau kita tak gembira, mesti kerja yang kita buat tue hasilnya mcm terpaksa jugak. Kalau hati kita gembira laju dan senang je kita nk buat sesuatu kerja.. Tapi kalau tak gembira mesti kerja tue jadi slow n mcm malas je nak buat..

tak tahu la entry ni ada kena mengena dgn tajuk ke tak.. Yang penting luahan rasa hati dah diluahkan kepada blog yang tercinta. Ada banyak lagi cerita nk diceritakan sebenarnya sepanjang tahun akhir yang nak berkahir tak lama lagi.. Tapi lain kali je kot nak cerita sebab tak dan nak menaip dah.. (menaip kat blog bukan main laju lagi.. Bila buat assigmnet dengan AR hampeh.. slow betul. HUH)
wassalam...