19 March 2012

KETENANGAN

Assalamualaikum.. w.b.t

Alhamdulillah masuk minggu ni merupakan minggu ketujuh aku berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Methodist Malim Nawar. Sepanjang berpraktikum di sekolah ni setakat ni semuanya baik-baik dan ok. Murid-murid pun ok, guru-guru pun sporting habis. Sepanjang aku praktikum inilah kali pertama dapat anak murid kelas tahun 4, 14 orang dan tahun 5 19 orang. Tak sampai 20 orang pun murid. Berbanding dengan sekolah first dulu sampai 40 orang dalam satu kelas, semua lelaki pulak tue.. Bila diingatkan kembali waktu first praktikum dulu, ada baiknya jugak dapat anak murid ramai terus dan lelaki. Mula dari sekolah tulah aku mudah dan tahu bagaimana cara nak mengawal kelas dengan baik. Maklumlah semua lelaki.. jadi, guru kena tegas kalau tidak memang anak murid akan pijak kepala kita.. Tapi, tegas pada waktu2 tertentu sahaja.. Tak boleh bagi muka sangat pada murid..

Second praktikum pulak kat SK Raja Di Hilir Ekram anak muridnya pun 30 lebih jugak.. dan ramai India. Memang cabaran betul masa first n second praktikum sebab mesti akan dapat anak murid yang ramai India. Sampailah praktikum yang last ni akhirnya dapat murid yang semuanya beragama Islam dan berbangsa Melayu. Alhamdulillah bersyukur sangat2. Bila dapat anak murid yang semuanya beragama Islam kita dapat terapkan unsur kerohanian kepada murid tentang Islam.. Masih teringat lagi kata-kata anak murid sewaktu mengajar BM. Masa tue cakap tentang Islam dan bagi takzirah sikit pd mereka. " Cikgu... cikgu ni macam ustazah la.. Kenapa cikgu tak jadi ustazah je??". Setiap kali masuk kelas mesti ada yang tersasul panggil ustazah. Tapi aku suka bila mereka ustzah..hehe Em.. layak ke aku jadi ustazah? Bagi aku ustazah ke cikgu ke semuanya sama sahaja.. Tak semestinya cikgu tak boleh terapkan nilai2 agama kepada murid.. Betul tak? Kita sebagai pendidik kena tahu semua perkara dan kena ada tujuan dan matkamat apabila berada di dalam kelas. Kejar dunia untuk akhirat, bukan kejar dunia semata-mata dan akhirat ditinggalkan..

Em.. penat bercerota tentang praktikum.. sekarang nak cerita tentang ketengan diri. macam mana kita nak menenangkan diri yang sedang dilanda gundah gulana. Dengan kertas cadangan yang perlu disiapkan, dengan assignment lagi satu, dengan RPH, BBM, Family, Tanggungjawab dan sebagainya.. Bila hati tak tenang, cara paling mudah bagi diriku adalah dengan berdiam diri dan menggembirakan diri walaupun dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.. Perasaan dan masalah yang rumit sukar untuk aku luahkan kepada orang kecuali dengan yang Maha Esa. Kalau masalah yang biasa2 aku boleh berkongsi lagi dengan sahabat2 yang rapat. Tapi bila dah sampai tahap masalah yang kritikal, aku tak mampu nak bercerita dengan sahabt2 selain memendam rasa dan luahkan kepad Allah sahaja.. Tapi alhamdulillah dengan adanya sahabat2 yang sentiasa memhami diri dan memberi dorongan, masalah rumit yang dihadapi akan dilupakan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja..

Alhamdulillah minggu cuti yang lepas sahaja dah 3 orang kawan sekelas aku yang sudah masuk ke gerbang perkahwinan dan 2 orang bertunang.. Semoga yang berkahwin akan kekal bahagaia hingga ke syurga. Yang bertunang pula semoga perjalanan utk sampai ke gerbang perkahwinan akan berjalan lancar dan bahagia hingga ke syurga.. Aku bila pulak ek?? Em.. yang pasti jawapan yang aku akan bagi bila ada orang bertanya ialah dengan "Insyaallah.. kalau jodoh dah sampai.. Tunggu je kad jemputan."