27 November 2011

HIJRAH HAKIKI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Salam maal hijrah diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. "Hijrah" merupakan satu perkataan yang mana ramai yang mengatakan pendapat dan pandangan yang berbeza melalui konsep hijrah itu sendiri. Jika dengar perkataan hijrah, teringat zaman Rasulullah berhijrah dari kota Mekah ke Kota kota Madinah untuk menyebarkan dakwah. Perjuangan Rasulullah merupakan perjuangan yang amat besar yang mana Rasulullah menghadapi pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan sepanjang perjalanan baginda ke kota Madinah.

Justeru,, orang yang melakukan hijrah yang sebenar adalah orang yang berhijrah dengan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Bila menyebut perkataan berhijrah ia dimaksudkan dengan berhijrah daripada melakukan perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Sering kali orang tidak menganggap perkara tersebut adalah perkara yang serius. Namun, jika orang yang benar-benar menghayati maksud hijrah yang sebenar sahaja daapat melakukannya dengan baik.

Berhijrah untuk menjadi seorang muslim yang baik bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan senang bagi seseorang yang jahil dan sering kali melakukan kesalahan. Mengapakah sukar untuk melakukan perubahan jika hati sudah tergerak. Perkara ini akan menjadi sukar jika tiada kekuatan dan keyakinan dalam diri. ini disebabkan sikap diri sendiri yang malu untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Mengapa manusia tidak malu untuk melakukan kesalahan tetapi malu untuk melakukan kebaikan?? soalan ini tertanya-tanya dalam minda dan sanubari dibenakku.

Teringat penghijrahan yang dilakukan oleh diri yang kerdil ini. Jika dulu diri ini sering melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sekarang diri ini sudah meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika dulu diri ini sering disibukkan dengan hiburan dan duniawi. Sekarang diri ini hanya sibuk memikirkan tentang Islam. Jika dulu imej dan pakaian diri tidak memenuhi syariat Islam. Sekarang diri ini berubah dan cuba untuk berubah kepada imej wanita solehah. Semuanya hanyalah keazaman dan keyakinan dalam diri yang cuba untuk berubah dari semasa ke semasa.

"Ya Allah janganlah kau palingkan hati kami setelah engakau memberi hidayah kepada Kami". Doa ini seringkaliku baca setiap kali selepas solat supaya hati ini tidak dipalingkan daripada jalanMu yang telah ku pilih. Hati ini tidak sanggup beerpaling dari kebenaran dan jalan yang lurus. Hati ini tidak sanggup dikotori oleh maksiat dan kemungkaran. Hati ini juga tidak sanggup digelapkan dek kerana kejahatan yang dilakukan.

Oleh itu, sama-samalah kita berazam untuk menjadi seorang insan yang berguna dan menyumbang kepada Islam. Jangan jadikan alasan untuk berhijrah kerana tidak bersedia atau tidak layak atau seumpama. Seringkali orang mengatakan bahawa "aku bukan alim sangat nak pakai tudung besar-besar ni...", " malulah nak tudung, nanti orang cakap aku ni tak betul nak insaf konon". Sampai bila kita berubah kalau bukan diri sendiri yang berazam untuk berubah. Ketepikan segala kata-kata manusia dan bisikan-bisikan syaitan yang cemburu melihat perubahan orang lain.

HIJRAH

Hijrah

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
HIjrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

25 November 2011

KUATKAH HATI INI

Ya Allah kuatkanlah hati ini..
Kuatkan hati ini yang terkadang dibawa arus duniawi
Kuatkan hati ini untuk menghapus segala igauan masa lalu
Aku ingin berada denganMu Ya Allah
Hapuskan segala penyakit ini'
Kuatkan Hati ini
Teguhkan aku di jalanMu Ya Allah
Hilangkan perasaan masa lalu ini Ya Allah..
Aku hamba yang kerdil
Aku ingin berada denganMU
Aku ingin berada disampingMU Ya Allah
Jika aku lemah bantulah hambaMu ini untuk tabah
Jika aku lalai bantulah hambaMu ini untuk sentiasa mengingatiMu
Aku hamba yang kerdil
Aku hamba yang banyak melakukan kekhilafan
Ya Allah..
Mengapakah semua ini harus kembali
Mengapa igauan dulu muncul kembali
Tabahkan hati ini Ya Allah..
Mampukah aku menangkis igauan ini.
Hapuskan segalanya Ya Allah
Aku mohon bantuan untuk hapuskan segala imbasan masa lalu
Imbasan yang membuatkan aku lelah
Membuatkan terkadang aku lemah
dan terus lemah..

Berikanlah aku KEKUATAN !!!

24 November 2011

AKU SEORANG HAMBA

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, berkesempatan juga diri ini menulis sedikit coretan di blog yang kian kusam ini. Insyaallah akan kembali mencuba untuk menulis di laman blog kesayangan ini. Cuti sudah beberapa hari berlalu. Tahun depan merupakan tahun terakhir diri ini berada di kampus. Terasa rindu ingin meninggalkan sahabat-sahabat yang sentiasa berkongsi suka dan duka. walaupun setahun merupakan stu tempoh yang lama. Namun, bagi diri yang kerdil merasakan setahun merupakan tempoh yang singkat. Masih banyak yang perlu dilakukan. Merasakan diri tidak menyumbang apa-apa dalam gerak kerja dakwah. Tidak banyk yang dilakukan untuk mencuba merubah sesuatu. Terlalu banyak kelemahan dan keslahan yang dilakukan. Perancangan hanya tingal perancangan dan tidak dilakukan dengan serius. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku!

Hari-hari yang berlalu semakin dirasai nikmat kemanisan ukhwah antara sahabat-sahabat. Ya Allah kekalkanlah hubungan ini.. Ikatlah hati-hati kami dengan Islam. Terasa diri juga semakin lama semakin kerdil bila bersama dengan mereka. Ilmu dan tarbyah mereka sangat hebat.. Adakah aku mampi istiqamah dalam setiap perkaraya yang dilakukan. Semoga Allah melindungi hati ini untuk terus berjuang di jalanMu. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan perlu dipelari sebelum sampai ke medan perjuangan yang sebenar. Allah!! terasa sungguh kerdil. Mampukah diri ini melalui liku-liku dan cabaran kehidupan yang semakin hari semakin merumitkan dan semakin mentarbiyah diri supaya menjadi lebih baik.

Jika teringat ketika mana dibangku sekolah dahulu, terasa diri begitu rugi kerana tidak memanfaatkan ilmu yang diberikan dan dipelajari. Hanya sekadar datang ke sekolah untuk belajar dan bila tiba waktu peperiksaan hanya tahu membaca dan menghafal untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Namum, semua itu sudah berlalu untuk diingat kembali. Jika dulu saban tahun akan menghafal beberapa hadis yang merupakan perkara wajib di sekolah sehingga tiba waktu peperiksaan SMA (4 sanawi). Tapi, selepas peperiksaan berlalu, ilmu hafalan dan pelajaran yang dipelajari juga berlalu begitu sahaja.. Ya ALLAH!! Diri ini tersangatlah rugi tidak mengharga ilmu yang dipelajari. Kini diri ini perlu mengimbas dan menghafal kembali hadis-hadis dan ayat al-quran yang lama ditinggalkan dahulu.


Jika kamu merasa susah, Ingatlah bahawa masih ada lagi insan yang lebih susah dari dirimu
Jika kamu merasa keseorangan, Ingatlah bahawa masih ada insan lain yang keseorangan
Jika kamu merasa penat, Ingatah bahawa masih ada insan yang lebih penat darimu
Ingat dan teruslah ingat bahawa masih ada insan yang tidak bahagi dan menderita
(MUHASABAH DIRI SENDIRI..