06 August 2011

..::SENDIRIAN:..

Saat ini diri terasa begitu sepi dan keseorangan.
Mengapa masih ada insan yang tidak mengerti
penat lelah tidak terkira
mengapa masih ada insan yang tidak mngerti
diri menyedari hakikat kekurangan diri
mengapa masih ada insan yang tidak mengerti
aku perlu sokongan
aku perlukan dorongan
aku perlukan bantuan
sahabat-sahabat.
di manakah kamu semua
di saat diri tidak kuat mengharungi semua
mengapa masih ada insan tidak mengerti
aku tidak mampu bergerak seorang diri
aku perlukan sahabat-sahabat semua
tapi,
mengapa masih ada yang tidak mengerti

Ya allah..
aku tidak kuat mengharungi semua ini
aku perlukan sahabat-sahabat semua
di manakah sahabat-sahabat semua

Aku tahu,
tidak ada insan yang sempurna di dunia ini
mengapa begitu sukar untuk mengerti
aku tidak mampu bergerak sendiri
aku perlukan satu kelompok yang bersama-sama bergerak
bergerak memperjuangkan Islam
aku rindukan suasana seperti itu

Tapi,
mengapa masih ada insan yang tidak mengerti
bilakah kita semua akan bersatu
bilakah kita akan bersatu hati
menegakkan Islam di bumi ini
bilakah bangunan ini akan tersusun dan tersergam indah
tanggingjawab dan amanah bukan bebanan
tetapi tanggungjawab adalah ujian dan cabaran bagi Allah
untuk menguji hambaNya
menguji setakat mana ketaqwaan dan keimanan terhadap sang pencipta
"bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan allah dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu barisan yang tersusun kukuh"( As-saff: ayat 4)