23 December 2010

LUAHAN HATI SEORANG HAMBA


assalamualaikum...

alhamdulillah, sedar tak sedar cuti dh nak habis pun.. tinggal beberapa hari je lagi dah nak masuk semester baru. semoge semester yang akan datang akan membuatkan diriku lebih matang lagi dan harap aku dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul.. kalau dulu diri ini hanya sebagai pelajar biasa, sama macam pelajar yang hanya tahu pergi ke kuliah tiap-tiap hari, pas 2 cuti balik umah dan akhir sem exam. sama mcm semester yang seterusnya.. tetapi kini diriku kini bukan hanya digelar sebagai seorang pelajar malah ada tanggungjawab dan amanah yang perlu ku pikul demi untuk ISLAM..


Seakan tidak percaya diriku ini sudah berada pada tahap ini.. bersyukur di atas kurniaan yang engkau berikan kepada hambaMU ini YA ALLAh.. Kalau teringat zaman dulu-dulu.. terasa begitu kecil diriku ini jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabt yang lain. Seorang yang dulunya pendiam dan susah nak bergaul dengan orang.. Suka pergi ke tempat dan buat perkara yang tidak berfaedah.. AH! jika difikirkan waktu dulu-dulu.. sangat berbeza dengan sekarang. ada sesetengah yang pelik dan hairan melihat perubahan diriku ini.. Namun, aku tidak kisah apa orang nak cakap, yang penting aku lakukan apa yang betul dan tidak melanggar hukum ISLAM..


Walaupun sekarang agak sibuk dengan tanggungjawab yang dipikul, namun aku begitu seronok bersama berjuang dengan sahabat-sahabat . Susah senang bersama, mungkin susah nak lupakan detik-detik ketika menjalankan tugas yang dipikul. Aku bersyukur atas kurniaan yang diberikan..


Semester yang akan datang tak lama lagi mungkin agak mencabar bagi diriku. Banyak dugaan dan cabaran yang akuperlu bersedia untuk hadapi.. mungkin juga banyak kekangan waktu dan kekangan lain yang membuatkan diri ini lalai untuk menjalankan tanggungjawab. . apa pun aku berharap dan berdoa supaya aku dapatkan jalankan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin..


Waktu cuti mungkin suatu yang sangat seronok dan indah bagi sesetengah orang yang bergelar pelajar. Manakan tidak, pada waktu itulah masa untuk merehatkan minda daripada memikirkan assignment, kerja dan sebagainya dan waktu itulah masa untuk bercuti dan berseronok dengan kawan-kawan atau family.. namun, dalam kegembiraan dan keseronokan yang kita hadapi, ingatlah bahawasanya masih ada lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagi seorang muslim. Walaupun waktu cuti adalah waktu untuk bersenang lenang, namun kita harus ingat bahawa kita masih lagi mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang muslim..


Cuti sebulan lebih membawa banyak cabaran bagi diriku.. banyak yang perlu aku hadapi dan tabah.. banyak peristiwa suka, duka sepanjang cuti ni.. Namun, aku bersyukur kerana masih dikurniakan sebuah keluarga yang bahagaia.. Walaupun kadang-kadang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza, namun aku masih gembira walaupun kadang-kadang pahit.


Aku tidak ingin bercerita tentang kisah sedih sepanjang cuti ni, yang aku ingin berkongsi hanyalah sebuah kebahagiaan dan kegembiraan ketika bersama dengan keluarga.. Rasa seronok bila berada disamping keluarga. Mana tidaknya adik-beradik semuanya duduk dekat dengan mak dan abah. Seronok mak dan abah dapat berada dekat dengan anak dan cucu kesayangan.. sebab itulah aku seronok kalau dapat balik ke rumah.. semuanya akan berkumpul dan berkongsi cerita..


Cuti hari tue, satu family kami telah bercuti di Pulau Langkawi… Alhamdulillah, Abah dapat rezeki lebih masa tue, jadi kami bercadang pergi bercuti.. dah lama tak pergi bercuti dengan family, tiba2 je abah ajak pergi Pulau Langkawi, tak plan ape2 pun masa tue.. tak sangka pulak abah ajak.. dan itu pun kali kedua aku pergi ke sana.. padahal baru je 2 minggu aku baru balik dari Pulau Langkawi bersama rakan setugas di IPG. Tapi kali ni lagi seronok sebab dapat bersama berjalan-jalan dengan family.. tapi, rasa kecewa sikit sebab abang tak dapat ikut sebab dia balik rumah mak mertua dia di Terengganu.. tapi xpa, mungkin bukan rezki dia.. mungkin lain kali kami akan bercuti bersama dengan semua family di tempat lain pulak..


Seminggu lepas tue, kakak pulak cadang buat BBQ di rumah abang yang xdapat ikut pergi Langkawi hari tue.. seronok pulak sekali sekala dapat bersama dengan semua family.. atok, Mak cik, Pak cik dan sepupu-sepupu yang duduk dekat-dekat dgn rumah abang pun datang memriahkan lagi BBQ malam 2..


Itulah dia sedikit sebanyak kisah kegembiraan yang boleh dikongsi.. walaupun tak banyak, namun kegembiraan walaupun sekejap pasti kita akan ingat sampai bila-bila.. Manalah tahu tiba-tiba malaikat maut datang menjemput..huhu


Namun demikian, kita msih beruntung kerana masih dapat merasai nikmat kegembiraan dan keseronokan di atas muka bumi ini.. jika diingat saudara-saudara kita di Palestin ketika ini, tentu kita masih beruntung kerana kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat kegembiraan.,. cuba bayangkan jika kita berada di bumi Palestin ketika ini.. tentu kita dibelenggu ketakutan dan kesedihan.. nikmat kegembiraan tidak wujud dalam diri mereka… mereka terpaksa menghadapi kesengsaraan dan kesusahan atas sikap dan kekejaman Zionis yang tidak berhati perut itu..


Kita sebagai hamba perlulah sentiasa bersyukur di atas setiap kurniaan dan pemberian yang telah diberikan oleh Allah..


Ini dia sedikit sebanyk gambar kat Langkawi