15 July 2010

.::Wahai Muslimah::.



Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayatNya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:

“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (TMQ An-Nur[24]: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu melainkan segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala kerana yakin dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya. Sehinggakan mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi sebagai seorang yang beriman dalam melaksanakan segala perintah yang datangnya dari Al-Khaliq. Bukannya melengah-lengah atau berpaling daripada melaksanakannya.

"
Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan”. (TMQ An-Nur[24]: 51-52).

Ingatlah peristiwa bagaimana Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit, dan baginda diperlihatkan kebesaran Allah SWT, yang salah satunya berkenaan wanita yang suka mendedahkan auratnya kepada khalayak ramai.

Rasulullah SAW melihat para wanita itu diikat dengan payu daranya sendiri. Aku bertanya:
“Mereka siapa wahai Jibril? Jibril menjawab: “Mereka adalah para wanita yang suka menampakkan auratnya kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.” (Sirah Nabawiyyah, Prof. Dr Rawwas Qol’ahji)

13 July 2010

JALINAN AL-QURAN

Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak
www.iluvislam.com
Rasailul Ashwaq
Editor: Rasailul Ashwaq

Aishah r.a. telah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w. lalu beliau menjawab, “Akhlaknya adalah Al-Quran.”

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu, dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Surah An-Nahl: Ayat 89)




Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, di iLuvislam.com sendiri, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?


Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.


Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: "Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar."


Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, "Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu,berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan."


Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

04 July 2010

.:: RESULT::.


assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat allah s.w.t kerana saya masih berada di muka bumi ini dan masih bernafas. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Beberapa hari ini dengan cuaca yang tidak menentu kesihatan saya agak kurang kerana masih Batuk. Roomate saya pun dah menunjukkan simtom2 untuk demam..

Apa yang ingin saya ceritakan di sini bukan tentang kesihatan saya tetapi saat yang dinanti-nanti telah pun tiba iaitu Result Sem Lepas telah pun keluar. Selepas sahaja kelas ELS petang jumaat hari itu saya,Zura, Alin dan rakan yang lain telah pergi unit Sup untuk mengetahui result. Sampai sahaja di atas, Result tersebut baru sahaja hendak ditampal di papan kenyataan. Dengan rasa terujanya saya pun melihat pada kertas tersebut dan mencari angka giliran saya.. Lepas tgk je.. tidak putus2 saya mengucapkan tanda syukur kepada Allah s.w.t kerana saya mendapat keputusan 3.**. Alhamdulillah syukur kerana apa yang saya dapat alhamdulillah setimpal dengan apa yang usahakan. Kalau sebelum ini saya merupakan orang yang paling rendah mendapat pointer dalam kalangan sahabat-sahabat saya. tapi Alhamdulillah kali ini saya sudah bukan antara orang yang terendah dlm kalangan sahabat-sahabat saya.

walaubagaimanapun, result yang saya dapat ini merupakan cabaran bagi saya untuk terus kekal dan mantain untuk sem2 yang akan datang. Apa yang saya pelajari adalah kita tidak harus berbangga dengan apa yang kita dapat sekarang. Tidak mustahil Allah hanya ingin menguji kita dengan mendapat pointer yang tinggi dan tidak mustahil jika saya akan mendapat pointer yang terendah suatu hari ini. Apa yang saya pelajari lagi ialah kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi. walaupun kadang-kadang kita berada di di bawah.. mungkin suatu hari nanti kita akan berada di bawah pula dan apabila kita berada di atas tidak mustahil kita akan berada di bawah.. apa-apa pun kita harus bersyukur terhadap apa yang telah kita perolehi kerana itulah hasil yang kita dapat berkat daripada usaha kita.

Lagi satu, apa yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan dengan niat yang betul termasuk la kalau kita hendak menghadapai peperiksaan. kita seharusnya ikhlas untuk belajar kerana Allah s.w.t

Akhir sekali Tahniah kepada sahabat-sahabat study group yang berjaya mendapat 3.7 ke atas iaitu, Wani, Alin, Izah, Ija, Zura, Ana, Geik Ying dan Ain. semoge kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

01 July 2010

CORETAN SEMESTER BARU

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana saya bernafas di muka bumi ini.. sudah lama rasanya tidak mengupdate blog yang berhabuk ni.. mungkin disebabkan kekangan masa dan kesibukan melanda diri ini..(hehe.. ye ke? Sebenarnya da penyakit MALAS dlm diri itu yg tdk sempat untuk mengupdate blog. namun, hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa menulis sesuatu di dalam blog saya.
3 minggu cuti mungkin seronok bg sesetangah org.. tp kenapa saya berasa berdebar-debar ni.. (haa.. penyakit pe pulak yang datang ni). Sebelum mulanya cuti hari 2, 1 peristiwa yg tidak dapat saya lupakan sampai sekarang dan masih teringat-ingat akan peristiwa itu. Sampai sekarang masih terasa fobianya. Apa-apa pun mungkin Allah ingin menguji tahap keimanan saya Allah ingin menguji adakah saya benar-benar dapat melalui segala perkara yang berlaku terhadap diri saya.

Sejak dari peristiwa tersebut, saya dapat rasakan bahawa betapa banyaknya dosa yang telah saya lakukan sehingga Allah menguji saya dengan peristiwa tersebut. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk bernafas dan masih memanjangkan umurku. Namun, saya dapat rasakan bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin ada sebab Allah masih memanjangkan umurku dan Allah memberi peluang kepada saya untuk beribadat dan bertaubat kepadaNYa. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan di muka bumi ini.

Nak diceritakan masa-masa yang saya lalui semasa cuti ni.. boleh dikatakan sudah menjadi lumrah bagi saya menjaga anak buah saya yang baru dua orang ni iaitu Fahim dan Husna ( biasa la yang ada kat rumah pun Mak Su Nani dia). Tapi banyak jaga Husna lagi masa minggu pertama cuti je sebab Kakak da wt kelas tambahan. Fahim pulak jaga sekejap-sekejap je sebab Kak Nisah hantar kat rumah pengasuh dia.. pe2 pun saya sayang anak-anak buah saya. Kalau sehari tak jumpa kadang2 rindu sangat. (biasa la org xda adik bila ada nak buah ni rase cm teruja ckit). Tapi yg seronoknya kalo penat pun kadang2 bila tengok muka budak-budak ini rase mcm dh hilang je penat. Seronok tengok budak2..

Semester baru sudah bermula, apakah azam saya tahun ini? Insyaallah saya tidak akan berputus asa untuk mencapai kejayaan yang diimpikan dan yang paling utama menuju ke satu matlamat yang utama yang dimpikan. Tak nak main-main lagi dah. Berusaha dan terus berusaha…