09 February 2010

.:: 10 SIFAT WANITA::.


Ulama` kata perangai perempuan ada 10 macam .

1) Seperti babi ; iaitu perempuan yang suka makan dan minum dan malas buat kerja .( Perempuan yang macam begini tak payah buat isteri )

2) Seperti kuda ; iaitu perempuan yang suka tukar pakaian berwarna warni . (Inilah yang selalu berlaku didalam masyarakat kita , Satu kenduri satu pasang.)
Lihat pada hukum tabaruj .

3) Seperti anjing ; iaitu perempuan yang kasih pada suami ketika suami senang . ( Selalunya berlaku niat pada yang pertama-tama kahwin iaitu cari suami yang
kaya.Bukan nak cari suami yang boleh membimbingkan agama , walau ia
miskin .)

4) Seperti keldai ; iaitu perempuan yang malas apabila ia tak mahu buat apabila disuruh .(perempuan yang selalu ingkar perintah suami atau kedua ibu bapanya .)

5) Seperti ular ; iaitu suka berdendam dengan suami . (tak dapat apa yang diingini , suami pun disuruh tidur luar misalan .)

6) Seperti kala jengking ; iaitu suka berjalan singgah rumah orang untuk mengumpat . (inilah amalan yang digemari oleh perempuan .Ada juga perangai orang lelaki
yang macam begini .)

7) Seperti tikus ; iaitu suka curi barang suami . ( dengan ma`na ambil tanpa izin suami lagi-lagi kalau dapat suami yang kedekut )

8) Seperti singa ; iaitu suka bertengkar dengan suami . ( ini dasyat!!! nak bagi tahu orang yang dialah heroin Melayu yang terakhir .)

9) Seperti burung ; iaitu suka sangka buruk akan suami . ( suami pakai minyak wangi pun dia kata nak pergi menggatal .)

10) Seperti kambing ; iaitu jaga kepentingan keluarga . ( perempuan yang macam beginilah yang kita nak kena cari .) Wallahualam

03 February 2010

>>:: WAJAH BARU::>>

assalamualaikum w.b.t

blog saya kini sedang dikemaskini untuk nampak lebih menarik..hu3 sekali sekala mengubah citarasa..

sekian, syukran..

02 February 2010

>:: KEIKHLASAN:::..>


assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kesempatan untuk saya bernafaz lagi di muka bumi Allah ini. Sudah sekian lama rasanya menyepikan diri untuk menulis entry pada blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang keikhlasan.

Pernah ke kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu yang telah diamanahkan kepada kita. Mungkin perkara seperti ini, ada dalam diri kita. Cuba kita renung-renungkan. Adakah perkara yang aku buat selama ini betul-betul ikhlas atau terpaksa. Sejak saya mula masuk ke dalam Biro Agama dan Kerohanian JPP di kampus saya, banyak perkara yang saya belajar yang saya rasakan pengalaman-pengalaman tersebut banyak mengajar saya untuk menguruskan sesuatu.

Dalam erti kata lain sebenarnya saya ingin memperkatakan soal keikhlasan dalam kita melaksanakan tanggungjawab yang telah dipikul seseorang. Perkara baru saya dapat sekarang adalah keikhlasan kita untuk melaksanakan tanggungjawab.

Saya berkata bukanlah hanya cakap kosong sahaja. Saya berkata berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saya telah lalui sepanjang bergelar seorang pelajar dan bakal guru. Perkara penting dalam hidup kita jika kita hendak mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t adalah melalui keikhlasan hati kita. Jika kita melakukan sesuatu perkara kerana terpaksa, betulkanlah niat masing-masing bahawa " Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengikhlasan hati aku dalam melaksanakan tanggungjawab aku".

Walaupun keikhlasan itu tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata, namun hati kita dapat merasakan sendiri kejujuran dan keikhlasan kita. Hari ini saya belajar untuk mengikhlaskan hati dalam melaksakan tanggungjawab. Kadang-kadang kita selalu menuding jari kepada orang lain jika berlaku kemusykilan dan keraguan. Tapi hakikatnya cuba kita bayangkan jika orang menuding jari terhadap kita. Adakah kita akan selesa?? sudah tentu tidak...

Hari ini juga aku belajar supaya tidak menuding jari terhadap orang lain sedangkan kesalahan itu terletak pada bahu kita sendiri. Kenapa tidak kita cermin diri kita terlebih dahulu, sebelum kita menyalahkan orang lain. Mungkin perkara ini amat susah untuk dibendung oleh setiap orang. Saya sendiri pun kadang-kadang akan melakukan perkara yang sama. Tapi, kita sama-sama merenung kembali masa-masa lalu yang mana kita telah banyak melakukan kesilapan.


Hari ini juga saya belajar untuk cuba menyalahkan diri sendiri dahulu sebelum kita menyalahkan orang lain. Mungkin kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu adalah salah kerana semua orang akan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul. Tapi, hakikatnya.. renung-renungkanlah,..

Walaupun kita mempunyai tanggngjawab dan amanah yang banyak pun, kita perlu juga ikhlaskan hati kita. Insyaallah jika kita ikhlas semua yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Dalam erti kata lain juga, hakikatnya saya sudah mendapatkan bukti dalan kehidupan saya jika saya ikhlas melakukan sesuatu perkara dan berusaha untuk mencapainya.. Buktinya adalah pointer saya sem lepas telah meningkat jika hendak dibandingkan dengan sem yang dulu. Kalau dulu saya sentiasa berada paling bawah sekali dalam kumpulan disscusion saya tapi kali ini saya tidak lagi berada di tangga yang bawah sekali.. Namun, saya tidak boleh berpatah semangat dan saya akan terus berjuang untuk mendapat pointer yang lebih tinggi dan akan kalahkan "Waniey" .huhu.. (jangan marah taw Wanie berjuag untuk dapat yang lebih baik xpe kan.."