19 November 2009

:::SEGENGGAM TABAH:::

SEGENGGAM TABAH

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setits
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Di redah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap berjuang jua
Sekadar secicip rezeki
buat yang sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalanan
kau bebat luka yg berdarah
kau balut hati yg calar
telah tertulis suaratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum dibibir lesu
tak siapa tahu hatimu
biarpun keruh air di hulu
mingkinkah jernih di muara
biarpun jenuh hidup dipalu
pasti bertemu tenangnya
tidak ditempah hidup sengsara
suratan nasib yang melanada
menongkah badai bergelora
diredah bersedirian
bagaikan camar pulang senja
Sekadar secicip rezeki
buat yang sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalanan
kau bebat luka yg berdarah
kau balut hati yg calar
telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum dibidir lesu
telah tertulis suaratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum dibibir lesu
tak siapa tahu hatimu
biarpun keruh air di hulu
mingkinkah jernih di muara
biarpun jenuh hidup dipalu
pasti bertemu tenangnya

18 November 2009

KELEBIHAN KAUM HAWA



Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tertulis dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

11 November 2009

HATi INI...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana Allah aku masih bernafaz di bumi Allah ini. masih terlalu banyak perkara lagi yang ingin dilakukan di dunia ini. masih banyak lagi ilmu yang belum aku terokai di muka bumi Allah ini.

Dalam kekangan masa ketik ini, sempat lagi saya menulis sesuatu di dalam blog saya ini. walaupun banyak dugaan cabaran dan masalah yang menyelubungi diri ini, tapi aku pasrah Ya Allah terhadap apa sahaja ujian yang telah kau berikan kepadaku...

Diri ini tidak ingin melukai hati sesiapa dan tidak ingin dilukai oleh sesiapa pun. tapi, aku tidak berhak untuk memutuskan semua itu. aku tahu setiap apa yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya..

salah saya ke??? salah ke... tapi mungkin itu semua adalah ujian kepada saya.. tapi apa yang penting semuanya dah selesai. lupekan semua pengalaman pahit yang menyelubungi diri.. fokus untuk exam... dapatkan 3.8 ke atas.. INsyaallah..

sama-smalah kita berdoa untuk kejayaan bersama di DuNia dan DI Akhirat.. Aminnn

08 November 2009

PAYUNG EMAS???


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana saya masih bernafaz di muka bumi Allah ini dan memberi kesempatan untuk saya menulis.

Em.. bagi wanita-wanita di luar sana.. mungkin tw kan apa itu payung emas. Maklumlah perkara inilah yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita iaitu “bermadu”. Rasanya sungguh perit dan pahit bagi seorang wanita yang hidup bermadu kan?? Xtw la.. mungkin la kot. Sebab saya pun belum berkahwin.hehe… pandai cakap je.. huhu
Payung emas ini akan diberi di akhirat kepada mana-mana wanita dan isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi.. huhu ada ke wanita yang suruh dan paksa suaminya berkahwin lain ek. Em… pelik2 tapi, apa yang mustahilnya… mungkin satu dalam seribu kot orang yang macam 2..

Sebenarnya… nak citer pasal cerita kat tv3 malam tadi.. tajuk ceritanya.. pe ntah xingat la plak.hik3 tapi ceritanya pasal seorang isteri yang sanggup dan dengan rela menyuruh suaminya berkahwin dengan bekas tunang suaminya dahulu.. hu3.. terpikir gak kadang2. Ada ke wanita yang macam 2.. selalu lelaki je yang paksa isterinya untuk membenarkannya berkahwin lagi. Tapi ini lain lak. Isteri yang suruh suaminya kahwin lagi.ish3 susah nak percaye ni…

Apa2 pun sangat respect kat isteri dy 2 sebab dia rela bermadu dan menyuruh suaminya berkahwin lagi untuk membantu wanita tersebut yang sedang menghadapi kesengsaraan hidup. kalo saya x taw la…huhu dan yang penting dy rela bermadu kerana cinta dia kepada Allah tidak dapat mengatasi segala-galanya kerana cinta kepada Ilahi adalah yang paling utama dari segalanya…

PESONA CINTA(HIJJAZ)
Kau siramkan wangian mawar Putih
Kepada sebuah kenangan yg layu
Bisakah berubah detik2 yg berlalu
Dari sekadar impian yg kaku
Jiwa terpautnya kasih
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Dibibir Tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaaan dijunjung rupanya tak ke hujung
Lilin yg menyaka membakari diri
Buat menerangi insan yg memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sitnar
Luka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila di hamba pesona cinta
Yg buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untk dinodai
Kasih jgn dikhianati
Damarlah belas simpati
Kesucian cinta ikhlas tak diundang
Peliharalah…

07 November 2009

LA TAHZAN...


alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah subhanahu wataala kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk menulis.

HARI INI HARI ULANG TAHUN KELAHIRANKU... HU3 terima kadih kepada semua kawan-kawan yang sudi wish besday kat saya.he3... rase cam dah tua lak.. HARI BAHAGIA DAN SERONOK JE ARI NI.. dapat hadiah dari kawan2.. terima kasih semua.. saya ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengebali diri ini jika saya ada menguris hati kalian semua dan banyak melakukan kesilapan. ketahuilah bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan setiap manusia ada melakukan kesilapan..

peperiksaaan semakin lama semakin hampir dan apa yang aku dah buat ye.. Ya Allah kenapa rasa macam malas sangat nak study ni.. adakah aku sudah bersedia dengan peperiksaan yang bakal mendatang ini.. Ya Allah bantuLah hambamu ini dan bukakanlah pintu hatiku supaya lebih bersemangat untuk belajar dan berikanlah ketabahan kepada diriku ini untuk menghadapi pelbagai dugaan dalan hidup ini.

walaupun sejak kebelakangan ini diri ini mempunyai banyak masalah. namun Ya Allah aku mohon agar kau kuatkanlah hati hambamuu ini dalam mengharungi liku-liku dalam kehidupan yang penuh mencabar ini.

aku bermuhasabah diri.. aku tahu diri ini banyak melakukan khilaf. Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.. amin Ya Rabbal Alamin...

mampukah diri ini menggalas tangungjawab yang telah diberikan??? seakan tidak percaya bahawa aku telah dilantik menjadi timbalan ketua lujnah HELWI. aku merasakan diri ini tidak layak untuk memegang jawatan dan menggalas tangungjawab seberat itu. namun, aku tahu mungkin ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. YA ALLah bantulah hambamu ini supaya aku dapat menggalas tanggungjawab yang telah dipikul dan dapat memegang amanah yang teLah diberikan.

04 November 2009

ISLAM PADA PANDANGAN..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertamanya mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternat if dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

02 November 2009

LUKISAN BENTUK TUBUH MANUSIA

ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulillah... kali ni saya ada sesuatu yg ingin dikongsi bersama..
artikel ini saya dapat dari seorang sahabat http://sahabatmusleem.blogspot.com.

renungkahlah bersama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalamualaikum kepada sekalian Roh Yg Masih BerJasad,

Tinggalkan dunia sementara ye. Mate bagi yang tidak buta semestinya dapat membaca taipan aku ini dan semestinya dapat melihat objek yg ada disekelilingnya. Cuba alihkan pandangan anda seketika pada sesuatu objek, apakah yg anda pandang itu ? Apakah bentuknya ? Apa ? Bulat ? Bulat macam Bola ? Ok.. Cuba anda lukis apa yg anda pandang sebentar tadi, atas sebuah kertas. Masih lagi anda katakan apa yg anda pandang pada lukisan anda sendiri tadi adalah bola kan ? Kalau anda lukis bolalah, kalau anda lukis mende lain, ikut pandai andalah.. Hahaha... Tgk bola, lukis ikan, peliklah tu... Aik ? Tersenyum depan skrin komputer ? Rilekss.....

Jadi, aku tekankan di sini, setiap objek ada lukisannya. Ok.. Serius. Rendahkan kening anda, jgn muncung pulak. Tapi tak bolehkan ? Kalau rendahkan kening, mesti muncung nak keluar. Hahaha... !! Selingan.... Aku pulak tak serius. Ok serius.

Jadi, siapakah pencipta lukisan bentuk tubuh badan kite ? Jawapannya yg PASTI adalah ALLAH tetapi mana LUKISANnya ? Pernahkah anda melihat bentuk asal lukisan tubuh badan kite ?

Sepanjang perjalanan aku, aku pernah terbaca, terdengar dan mendengar bahawa sebelum jasad Nabi Adam dicipta, cahaya Nabi Mhmd sudah pun tercipta. (aku skiplah kisah ni ye... panjang kisahnya).

Huruf Jawi. Mesti anda semua tahu, tapi apakah rahsia yg ada disebalik bentuk huruf² jawi tersebut ? Kenapa ianya berbentuk sedemikian rupa ? Misalnya, huruf LAM berbentuk seperti mata kail pancing. Tak tahu ? Pergi beli sekarang dan tgk... isk isk.. Ok selingan tu..

Pernah juga aku bertanya pada seseorang yang arif ilmu agama tentang bentuk huruf-huruf ini tetapi jawapannya agak membantutkan keinginanku utk mengetahui. Tetapi tidak mengapalah, lain orang, lain ilmunya. Seperti kata pujangga IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI. Aku pasti, mesti ada seseorang yg mengetahui tentang hakikat bentuk huruf-huruf ini. Kerana apa ? Allah mematikan ulama-ulama atau org yg dikehendakiNya kerana Ilmu yg ada pd seseorang itu (kite citer topik lain ye bab ini). Bayangkanlah, nak mati pun masih ada org kat tepi kita duk ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Itulah ilmu utk akhirat. Tak pernah dengar pulak, org nak mati, kita duduk kat tepi dia pastu cakap, kau pergilah dulu, makanlah dulu sebelum pergi sana, kirim salam aku kat arwah ayoh, tok ngan nenek sekali ye.. tak ada, tak ada... yg pernah aku dengar, diajar mengucap 2 kalimah syahadah.

Berbalik kita pada bentuk huruf tadi. Kenapa huruf ini tidak digunapakai sekarang ni ? Maksud aku, seluruh dunialah, inilah satu-satunya huruf yg turun dari langit. Sebaliknya kita menggunakan huruf yg diciptakan oleh Yahudi. Jawapan ada pada sejarahnya.

Nabi 'MHMD'. Ejaan dalam huruf rumi 'MuHaMmaD' ttp dlm huruf jawi, MIM, HAA, MIM, DAA.. Itu hanya sebutan dan baris-barisnya bagaimane pule bentuk huruf MIM, huruf HAA, huruf DAA ? Saudara/saudari semua mesti dapat gambarkannya kan ? Sy percaya saudari/saudara semua ada ilmu pengetahuan masing².

Lama sudah aku berfikir mengenai lukisan asal bentuk tubuh manusia ini. Aku mencari kebenaran tersebut dan akhirnya aku temui jawapannya. Waaahh.. Saat itu gembiranya hati ini kerana Allah menunjukkan pada aku apa yang ingin aku ketahui walaupun sedikit tapi ianya adalah pintu utk mengetahuinya lebih lanjut. Hampir sepanjang perjalananan hidup aku, memerhatikan tulisan 'mim,haa,mim,daa' ini di mana-mana tetapi bentuk tulisan yg aku lihat tidak dapat menunjukkan pada aku apa yg aku sedang cari. Akhirnya suatu hari, aku cuba menulis sendiri tulisan ini dgn tgnku yg masih berfungsi dan berulang kali aku menulisnya sambil di hati berkata 'mesti ada ketersiratannya disebalik tulisan ini' .

Paaap !!! Aku menepuk lantai kayu rumah bondaku sambil menjerit kegembiraan, "Ya Allah, Engkau telah menampakkan aku !!!". Dibawah ini, aku tunjukkan bentuk lukisan tgn aku sendiri. Tentu saudara/saudari sekarang sudah nampak apa yg aku fikirkan sebelum ini.




'MIM,HAA,MIM,DAA' - MUHAMMAD.

Aku bermain-main dgn tulisan aku ni. Aku pusing tulisan ini kekiri (jawi bacaannya dari kanan ke kiri) dgn sudut pusingan 90 darjah. Setelah pusingan itu aku lakukan, aku dapati tulisan yg aku tulis tadi berbentuk manusia !!!. Lihat gambar dibawah.

Sejak dari itu, aku terus mencari hubungan tulisan ini dgn kehidupan seharian-harian. Aku fikir mengapa hampir semua dirumah org Islam ada digantung tulisan ini. Mengapa ??? Apakah ianya hanya sebagai hiasan atau suruhan ? Atau ada sebab lain yg tersirat. Wollohuallam....

Setelah didirikan tulisan itu, aku dapati, MIM pertama adalah mewakili kepala@akal kita, HAA mewakili tangan kita, MIM kedua adalah perut tempat dimana kita menerima makanan dariNya (secara hakikat,halal@haram) dan DAA mewakili kaki. Tersenyum puas aku tika itu. Tapi apakah yg aku perolehi ini ada benarnya ?





Aku cari, aku cari, aku jumpa org tua, aku tanya tanpa segan silu kerana nafsuku terhadap ilmu membuak-buak ibarat air tanakan nasi yg sedang mendidih di dalam periuk di mana airnya berbuih-buih seperti ingin keluar dari periuk. Akhirnya, lama perjalananku, aku ketemu jawapannya disebuah pondok usang 'org tua' di atas sebuah bukit (tempatnya terpaksa kurahsiakan). Kata orang tua tersebut, dalam sembahyang kita sering menyebutnye di dalam tahiyat iaitu mengucap 2 kalimah syahadah.

Aku b'tanya lagi ' Adakah 'asyhadu anna muhammadarrosullulloh ?' Org tua berkata ' Iye hamba Allah, ianya seakan membawa maksud aku muhammad tetapi bukan kita ini muhammad !!! Jgn saloh faham katenye lagi. Roh kita ini mengingatkan kita bahawa kita ini adalah dari cahaya (nur) muhammad.Haaa mcm tu..' sambil dia tersenyum padaku.

Terangnya lagi, dalam diri kita ada cahaya (nur) nabi muhammad, jadi apa yg kita lafazkan itu adalah peringatan dari roh kita sendiri terhadap jasad kita bahawa roh kita berasal dari cahaya nabi muhammad. Ya Allah, begitu tersirat penerangannya sehingga meremang bulu romaku. Tapi bagaimana serapan lafaz itu kita nak sampaikan ke dalam lubuk hati kita ? Dapatkah kita merasai akan rasa lazat itu dengan setiap kali mendirikan solat ? Setiap orang rasanya tidak sama, cuma bentuk kelakuannya sahaja yg sama. Saudara/saudari bercakaplah dengan roh (hati) saudara/saudari.

Kini, apa yg aku perhatikan dengan bebola mataku yg dikurniakan olehNya utk melihat adalah apabila aku terpandang manusia, aku ternampak tulisan jawi Nabi Muhammad, bila org mengatakan 'Al-Quran Bergerak', aku ternampak lagi tulisan Nabi Muhammad. Kemana sahaja aku pergi, inilah yg aku nampak. Aku pandang org berpangkat, org kaya, org miskin, apa-apa org lagi, inilah yg aku nampak iaitu tulisan 'MIM,HAA,MIM,DAA' bergerak-gerak di atas alam ini. Tersenyum sendiri aku bila nampak kekasih Allah ada pada bentuk tubuh manusia.

Maka Benarlah, Nabi Muhammad adalah rahmat utk seluruh alam. Walaupun baginda sudah wafat, namun tulisan baginda masih 'hidup'. Berselawatlah kalian semua...

Kisah ini hanya menyentuh bentuk lukisan manusia sahaja. Bagaimana pula tulisan ini 'hidup' ??? .. Ada masa yg diizinkan dan aku masih hidup, akan kuceritakan lagi....Semoga aku dan kalian yang membaca mendapat petunjuk dan hidayah dariNya..

Akhir kata maaf dariku, penaip tulisan yg tidak bertauliah ini jikalau ada kekurangan dan kesilapan tatabahasa yg anda tidak fahami.

Sekian untuk kali ini... Musafir Maya....