26 June 2009

SAHABAT, TEMAN ATAU KAWAN??

SAHABAT, TEMAN ATAU KAWAN

Kenapa kita perlukan seorang sahabat? Sahabat, teman atau kawan. Adakah ketiga-tiga istilah ini adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang sama?? Mesti anda semua terfikir adakah anda semua mempunyai sahabat atau pun teman, atau kawan.

Dalam kehidupan sekarang yang banyak dengan pelbagai pengaruh positif atau negative, adalah amat sukar bagi seseorang untuk memilih seseorang untuk dijadikan sahabat, teman atau kawan. Namun adakah anda semua sudah dapat menemui seseorang yang benar-benar dikatakan seoarang sahabat yang baik pada pandangan mata. Mungkin pada pandangan mata anda, anda sudah menemui sahabat yang boleh dikatakan sahabat, tetapi cuba anda lihat sendiri anda anda sudah menemui sahabat pada pandangan mata pula. Mungkin kalau ada pun hanya mimpi semata-mata. Amat susah untuk seseorang itu menemui sahabat yang baik. Namun, mungkin sebahagian dari anda sudah menemui seseorang yang boleh dibuat sahabat atau teman.

Susah menllai seseorang dari pandangan mata kasar. Kadang-kadang apa yang kita harapkan dan inginkan dari seseorang yang benar-benar kita percaya, kadang-kadang kita sudah silap menilai sesorang. Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kawan karib ketika sekolah dahulu. Tetapi apabila sudah habis sekolah, masing-masing membuat haluan sendiri. Masing-masing tidak bertanya khabar berita daripada rakan-rakan yang lain.

Pelik kan? Bila dingat kembali. Cuba anda semua fikir sewaktu zaman sekolah dulu. Kenangan cukup indah bersama ketika melalui liku-liku hidup dan terpaksa berperang menghadapi peperiksaan bersama. Tetapi, selepas zaman sekolah sudah berlalu. Masing-masing membuat haluan sendiri. Namun, ada juga antara anda semua termasuk aku sendiri masih mempunyai rakan yang masih lagi berhubung sehingga sekarang. Syukur Alhamdulillah masih ada lagi yang masih ingat antara satu sama lain.

Tetapi sekarang, aku masih terkilan dengan sikap seorang kawan aku yang dulu boleh la dikatakan sahabat yang karib. Kemana-mana pun kami masih bersama dengan rakan-rakan yang rapat dengan kami. Tapi sekarang sahabat aku itu sudah melalui kehidupan sendiri dan tidak menghiraukan aku dan rakan-rakan yang lain yang mana pada masa dulu kami sentiasa bersama. Belajar pun sama-sama. Sekarang, aku bg sms kt dia pun tak balas. Bukan setakat sms, call pun x angkat dan jauh sekali nak balas miscall. Entah la.. katanya sibuk sangat. Aku tak kisah pun sebenarnya.. asalkan dia bhagia dengan kehidupan dia sekarang. Tapi INGATLAh.. wahai rakan sekalian, baju kalau hilang boleh diganti dengan yang baru tapi sahabat kalau dah hilang, walaupun boleh diganti dengan yang baru tetapi masih tidak sama dengan sahabat yang pernah kita kenal sebelum ini.