28 May 2009

WANITA.... BAHAGIAKAH ANDA?

<

Setiap manusia inginkan kebahagiaan mahupun di dunia atau pun di akhirat. Namun, tidak semua manusia dapat mencapai kebahagiaan yang nyata. Kebahagiaan akan dapat dicapai bagi mereka yang betul2 mahu mencapai nikmat tersebut dan sentiasa mensyukuri dengan setiap kejadian ilahi, sentiasa mentaati suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu, adakah anda semua bahagia dengan kehidupan anda sekarang?? Adakah anda bahagia dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. fikir-fikirkanlah wahai saudaraku sekalian..

Jika ditanya pada diriku, aku merasakan hidup ini akan lebih bahagia dan tenang disamping Ilahi. Namun, aku hanyalah insan yang lemah dan tidak sesempurna seperti wanita muslimah yang sejati iaitu Aisyah r.a, siti KHadijah dan Fatimah r.a. Aku mengaku diri ini banyak melakukan khilaf dan amat sukar diri ini untuk mempertahankan diri dari godaan syaitan durjana dan pengaruh dari rakan-rakan. Namun, aku akan cekalkan hati dan akan fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan yang paling penting aku akan ingat Allah s.w.t jika hendak melakukan sesuatu perkara. Insyaallah aku akan teguhkan akidahku dan jaga pergaulanku dengan lelaki yang bukan mahram.

Setiap insan inginkan kebahagiaan… namun aku?? Di mana letaknya kebahagiaan aku. Kebahagiaan aku sebenarnya adalah terletak pada keluarga aku yang amat menyayangi aku, Mak yang telah mengandung dan melahirkan dan aku, abah, abang dan kakak, rakan-rakan yang amat menyayangiku dan yang paling penting hati aku amat bahagia sekali jika mengingati pencipta yang maha agung, Allah s.w.t.
Aku?? Adakah aku bahagia jika mencintai seorang lelaki?? Mungkin aku akan bahagia jika mencintai seorang lelaki yang hanya mencintai Tuhan yang paling agung, Allah s.w.t. mungkin aku juga akan bahagia jika hanya mencintai suamiku kelak. Tetapi kebahagiaan seorang bukanlah terletak pada cintanya seorang lelaki. Mungkin sesetengah wanita akan bahagia jika dirinya dicintai oleh seorang lelaki. Namun aku, aku merasakan hidup ini tidak akan sempurna dan bahagia jika aku terlampau taksub untuk mencintai seorang lelaki yang bukan mahram.

Jodoh, ajal pertemuan semua di tangan Tuhan. Aku meletakkan semua ketentuan dan jodohku hanya pada Tuhan. Semua manusia dijadikan berpasang-pasangan. Tidak semestinya wanita yang sudah lanjut usia tidak mempunyai jodoh dan kebahagiaan. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Jadilah wanita yang duduk di dalam kaca. Tiada seorang lelaki pun yang berani menyentuh wanita tersebut. Jadilah sebaik-baik wanita di dunia ini.

Kebahagiaan seorang wanita bukan terletak pada cinta seorang lelaki yang bukan mahram. Kebahagiaan seorang wanita akan dapat dinikmati jika dia menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan memelihara maruahnya. Menurut hadis Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang perempuan taat kepada Tuhannya, mendidirkan sembahyang yang lima dan memelihara maruahnya, maka ia akan masuk syurga”

Kebahagiaan wanita juga bukan terletak pada hartanya sahaja. Janganlah kita mengejar duniawi dan kekayaan semata-mata. Banyakkanlah hari-hari kita dengan penuh kesyukuran terhadap ciptaan Ilahi dan banyakkanlah ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, wahai saudari-saudariku marilah kita sama-sama melaksanakan amalan-amalan yang agung itu supaya kita sama-sama dapat menemui Tuhan Yang Maha Pemurah. Marilah kita sama-sama berjalan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w, nescaya kita akan sama-sama menjadi muslimah yang sejati.

22 May 2009

wanita..



WANITA

Sebutir permata di perlubukan
Memancar sinaran di kegelapan
Biarpun tersimpan dalam lumpur
Serimu takkan luntur

Terlukis di wajah keriangan
Tergambar sebuah ketenangan
Namun tak siapa yang mengerti
Rahsia dalam hati

Wanita tertawa
Wanita menangis
Wanita tersenyum
Wanita berduka

Biar apa yang menanti
Ku tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan
Yang tak berkesudahan

Engkau korbankan segalanya
Tak pernah pinta balasnya
Kau titiskanair mata
Namun tersenyum jua

Wanita engkaulah sang lantera
Tanpamu sepilah persada maya
Semoga kau damai sejahtera
Untuk selama-lamanya

21 May 2009

CINTA..

CINTAKU HANYA MILIKMU..

Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…

KERANA CINTA

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yg pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka damai dijiwa
Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih saying
Begitulah cinta yg diidamkan
Tanpa nafsu yg mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta oh oh cinta
Oh oh cinta
Oh oh cinta kerana cinta
Cinta yg sejati hanya cintakan Ilahi
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insane suburkan dengan ketaqwaan

CINTAKU HANYA MILIKMU..

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

19 May 2009

KATA-KATA PEDOMAN

ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK YG TIDAK BERBUAH

Hadis:- Rasulullah S.A.W. bersabda, "Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan: Bismillahir-Rahmanir-Rahim, maka ia terputus (keberkatannya). (Riwayat Abu Daud) 8:58 PM 5/9 "Sesungguhnya mati jasad kerana roh, Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal Dan mati amal kerana tiada istiqomah."


LAKUKAN SETIAP PERKARA HANYA KERANA ALLAH S.W.T

wasiat saidina Ali karamallahu wajhah: "apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan." Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : - Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, - Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, - Hatimu takut dan gementar -..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu............

18 May 2009

salam ukwah..

assalamualaikum w.b.t

salam kpd semua rakan2... sy br je create blog ni..
x tw pe2 pn.. sje suke2 je.. dan nk cri pengalaman dan pendpat kawan2 semua..
harap semua leh bantu sy.. dan harap semua leh jd member sy.. hehe

salam ukwah untuk semua..